Puan Mary

10 Etika Yang Semua Orang Perlu Tahu

Dalam menjalani kehidupan seharian, sudah pasti anda perlu berhubung dengan ramai orang dengan karenah yang pelbagai.

Setiap apa yang dilakukan pastinya mempunyai etika atau adab yang perlu diketahui.

Etika bukanlah hal yang rumit dan etika bertujuan untuk membuat orang sekeliling anda berasa selesa dalam pelbagai situasi.

Mengapa etika penting?

Etika penting kerana ia membantu mengekalkan kesopanan, hormat dan keharmonian dalam interaksi sosial sama ada dalam situasi formal atau kasual.

Berikut ialah 10 peraturan etika yang mesti dikuasai oleh semua orang:

  1. Gunakan kata sapaan yang betul
  • Sentiasa menyambut teguran orang lain dengan senyuman dan salam.
  • Pastikan juga anda menggunakan kata sapaan yang betul terutamanya apabila pertama kali berjumpa.
  • Anda juga boleh memperkenalkan diri terlebih dahulu untuk membuat eye contact dan berjabat tangan.
  1. Menyebut ‘tolong’ dan ucapkan ‘terima kasih’
  • Ini adalah etika yang paling biasa dan perlu dilakukan oleh semua orang untuk menunjukkan rasa terima kasih dan hormat.
  • Sentiasa sebut “tolong” semasa membuat permintaan dan berikan ucapan “terima kasih” apabila menerima bantuan daripada orang lain.
  1. Amalkan adab di meja makan
  • Sekiranya anda keluar makan dengan orang lain, anda perlu amalkan adab yang betul ketika di meja makan.
  • Pastikan bahawa anda menggunakan perlatan makanan dengan betul, jauhkan siku dari meja serta mengunyah dengan mulut tertutup.
  • Selain itu, ada perlu tunggu sehingga semua makanan
  1. Menjaga bahasa dan percakapan
  • Elakkan menggunakan bahasa kesat dan tidak terutamanya di tempat awam atau di sekeliling kanak-kanak.
  • Gunakan bahasa yang sopan dan baik setiap masa walau di mana juga anda berada.
  1. Menjadi pendengar yang baik
  • Apabila orang lain sedang bercakap, anda perlu ambil perhatian dan tunjukkan minat terhadap pendapat mereka.
  • Anda juga perlu elakkan menggangu dan mencelah perbualan tersebut.
  • Pastikan juga anda menghormati pandangan dan pendapat orang lain tanpa sebarang kritikan.
  1. Amalkan komunikasi yang baik
  • Apabila berkomunikasi, pastikan ia jelas dan ringkas.
  • Elakkan daripada menggunakan slang atau dialek yang tidak biasa didengari oleh orang lain.
  • Anda juga perlu berhati-hati dengan komunikasi bukan lisan seperti bahasa badan kerana ia boleh menyampaikan banyak maksud tersirat.
  1. Hormati ruang peribadi orang lain
  • Berikan orang lain ruang peribadi yang mencukupi terutamanya dalam suasana dan keadaan yang sesak.
  • Berhati-hati dengan persekitaran anda dan hormati privasi orang lain di sekeliling anda.
  1. Berpakaian sesuai
  • Berpakaian sesuai untuk majlis atau acara tertentu dengan mengambil kira kod pakaian.
  • Jika tidak pasti dengan kos pakaian, lebih baik anda memakai pakaian yang tidak terlalu menyerlah dan tidak terlalu ringkas.
  1. Tepati masa
  • Jika anda ada temu janji untuk berjumpa dengan orang lain, pastikan anda tepati dan hormati masa.
  • Sekiranya terlambat, pastikan anda beritahu orang yang ingin dijumpa itu secepat mungkin supaya mereka ambil maklum.
  1. Tunggu giliran
  • Apabila anda berada di tempat yang ramai orang dan perlu menunggu, pastikan anda berada di dalam barisan yang betul.
  • Anda tidak seharusnya memotong barisan orang lain yang sudah menunggu lama. Ini menunjukkan sikap tidak sopan ketika berada di tempat awam.

Kesimpulannya, etika adalah tentang menunjukkan rasa hormat kepada orang lain dan membuat mereka berasa selesa. Jadi anda perlulah bersikap sopan dan bertimbang rasa dalam interaksi dengan orang lain.

Artikel Terkini

Perbezaan Skirt Formal Dan Skirt Kasual

Pemakaian skirt kini semakin popular dalam kalangan wanita, baik yang bekerja mahupun suri rumah. Skirt… Teruskan Membaca

3 days lepas

Tip Mengurus Almari Pakaian

Hujung minggu ialah waktu yang sesuai untuk anda lakukan aktiviti produktif, termasuklah mengemas dan menyusun… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Tip Berpakaian Untuk Nampak Kemas & Profesional

Penampilan yang kemas dan profesional bukan sahaja penting bagi individu yang bekerja, tetapi juga bagi… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Cara Memastikan Beg Tangan Kemas & Terurus

Beg tangan ialah salah satu aksesori wanita yang penting kerana digunakan untuk menyimpan pelbagai barang… Teruskan Membaca

1 month lepas

Cara Kekalkan Warna Pakaian Supaya Tidak Cepat Luntur

Masalah biasa yang selalu dialami apabila mencuci pakaian berwarna ialah warna pakaian menjadi luntur. Warna… Teruskan Membaca

1 month lepas