Puan Mary

3 Fabrik Yang Sukar Digosok

Tahap kesukaran yang anda hadapi semasa menggosok selalunya bergantung kepada jenis fabrik.

Sesetengah fabrik memerlukan penjagaan tambahan, kesabaran dan perhatian terhadap perincian untuk pastikan kedutan pada fabrik tersebut hilang.

Artikel sebelum ini ada menerangkan tentang fabrik yang mudah digosok. Dalam artikel kali ini pula, anda akan mengetahui fabrik yang sukar untuk digosok.

Fabrik atau material yang sukar untuk digosok adalah:

Sutera (silk)

Fabrik sutera adalah fabrik yang mewah, halus dan agak sukar untuk menggosok fabrik ini.

Antara sebab sutera sukar untuk digosok adalah ia sangat sensitif dengan haba.

Dengan menggunakan tetapan suhu yang tinggi pada seterika boleh menyebabkan gentian pada fabrik menjadi lemah dan membawa kepada kerosakan kain.

Bagi menggosok fabrik sutera ini, anda perlu menggunakan tetapan haba yang paling rendah pada seterika.

Jika anda tidak pasti dengan tahap kepanasan seterika tersebut, anda boleh letakkan kain lain di atas fabrik tersebut sebelum menggosoknya.

Gosok dengan perlahan-lahan dan berhati-hati supaya fabrik tidak terbakar dan koyak.

Sumber gambar: freepik.com

Baldu (velvet)

Fabrik jenis baldu ini terkenal dengan tekstur kainnya yang lembut dan sukar untuk digosok.

Hal ini kerana kain jenis baldu ini boleh menghasilkan kesan tertentu sekiranya ia tidak digosok dengan cara yang betul.

Pastikan anda menggunakan tetapan suhu yang betul pada seterika supaya kain baldu tidak melekat pada seterika dan seterusnya merosakkan kain.

Sumber gambar: freepik.com

Fabrik yang mempunyai hiasan labuci atau manik

Fabrik seterusnya yang agak sukar untuk digosok adalah fabrik yang mempunyai hiasan labuci atau manik.

Kain yang dihiasi dengan labuci, manik atau hiasan lain memerlukan penjagaan yang khusus semasa menggosok.

Kepanasan seterika boleh merosakkan dan mencairkan labuci atau manik. Untuk mengelakkan ini daripada berlaku, terbalikkan fabrik sebelum menggosok.

Anda boleh lapik permukaan kain yang berlabuci itu dengan kain lain supaya memudahkan proses menggosok fabrik tersebut dan kedutan dapat dihilangkan.

Sumber gambar: freepik.com

Sebagai kesimpulan, untuk menangani fabrik yang sukar digosok ini memerlukan sentuhan teliti dan suhu yang sesuai.

Apabila anda faham sifat fabrik serta menggunakan teknik yang betul dan sesuai, proses menggosok akan menjadi lebih mudah.

Artikel Terkini

Bagaimana Memilih Corak Bergaris Pada Pakaian

Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Cara Yang Betul Pilih Beg Tangan

Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca

1 month lepas

Jenis – Jenis Gelang Tangan Wanita

Gelang tangan merupakan antara aksesori penting yang disarankan untuk dimiliki oleh setiap wanita sebagai pelengkap… Teruskan Membaca

2 months lepas

Tip Memakai Warna Putih

Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca

2 months lepas

Warna Pakaian Ke Temu Duga

Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca

3 months lepas