Dalam dunia fesyen dan pakaian wanita, terdapat pelbagai corak yang boleh dipilih untuk dipakai secara harian, majlis, perayaan atau acara tertentu.
Bagi anda yang sudah bosan memakai baju kosong tanpa sebarang corak, anda boleh bertukar kepada pakaian yang bercorak.
Ada banyak corak yang anda boleh pilih untuk pakai. Berikut adalah corak yang popular dan sesuai dipakai oleh wanita.
Floral
Corak floral atau bunga adalah corak yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen terutamanya untuk wanita. Mana-mana koleksi baju mesti ada corak bunga ini.
Ia boleh terdiri daripada corak bunga daripada kecil sehingga ke corak bunga yang lebih besar.
Ia adalah corak yang evergreen kerana sentiasa ada di pasaran tanpa mengira musim.
Ada corak bunga kecil dan corak bunga besar dengan reka bentuk serta warna yang pelbagai.
Corak floral ini bukan sahaja terhad kepada kain kapas (cotton), tetapi juga boleh ada pada jenis kain lain seperti sutera, chiffon dan sebagainya.
Anda juga boleh mix and match corak floral dengan corak kosong atau mana-mana corak yang lain.
Batik
Batik juga antara corak yang dikategorikan sebagai corak evergreen dan masih kekal lama di pasaran.
Secara umumnya, batik adalah corak tradisional yang diguna pakai oleh masyarakat Melayu dari zaman nenek moyang kita lagi.
Ada corak batik yang printed dan ada juga corak batik yang dihasilkan secara tradisional.
Kebiasaannya corak batik yang dilukis sendiri lebih mahal harganya berbanding yang sudah siap dicetak di atas kain.
Reka bentuk baju kurung dengan corak batik ini ada yang penuh dari baju hingga ke kain dan ada juga corak batik yang dipakai pada kain sahaja dan bajunya kosong.
Corak ini bukan sahaja ada baju kurung, tetapi juga pada baju blaus, baju kemeja yang tidak formal dan sebagainya.
Songket
Selain corak batik, corak songket juga antara corak yang masih kekal sehingga kini. Seperti batik, songket juga ada yang sudah siap dicetak di atas kain dan ada yang ditenun secara manual.
Kebiasaannya corak songket yang ditenun ini lebih mahal harganya berbanding songket yang dicetak.
Jenis baju yang biasa dibuat menggunakan corak songket adalah baju kebaya, baju kurung moden dan baju kurung pahang.
Di samping itu, batik juga ada pelbagai jenis seperti songket bunga penuh, songket bunga tabur, songket corak berjalur, songket susunan bercorak dan lain-lain.
Anda boleh pilih yang mana satu jenis dan warna yang sesuai untuk digayakan. Pastinya penampilan anda akan lebih ayu dan ciri kewanitaan lebih terserlah apabila memakai baju kurung bercorak songket.
Chintz
Corak chintz ini juga antara corak yang sesuai dipakai oleh wanita. Kebiasaannya corak ini menggunakan kain kapas yang sedikit berlikat.
Jika dahulu corak bunganya besar, tetapi kini boleh didapati dengan corak bunga yang lebih kecil dengan warna yang pelbagai.
Bagi wanita yang memakai corak seperti ini akan membuatkan penampilan anda kelihatan lebih ayu dan sopan.
Ditzy
Ditzy atau disebut juga sebagai ditsy adalah corak yang dikategorikan sebagai corak ceria dengan unsur-unsur kecil yang penuh di seluruh kain.
Antara unsur yang boleh ada di dalam corak ini adalah seperti bunga, geometrik atau apa sahaja unsur yang kecil-kecil.
Kain ditzy ini biasanya berwarna-warni dan berfungsi dengan baik dalam mana-mana yang digayakan oleh setiap wanita.
Corak seperti ini masih kekal popular dan banyak koleksi baju kurung menggunakan corak ini dengan warna dan reka bentuk yang pelbagai.
Brocade
Corak seterusnya dinamakan sebagai brocade. Brocade adalah corak yang ditenun dengan bahan yang berat daripada tenunan Jacquard.
Corak ini mempunyai reka bentuk yang kelihatan seperti sulaman tetapi sebenarnya tidak. Kebiasaannya kain bercorak brocade ini diperbuat daripada kain sutera atau satin.
Selain itu, warna bagi corak brocade ini biasanya terdiri daripada warna-warna yang lembut.
Bagi wanita yang memakai corak seperti ini, anda akan kelihatan lebih elegan dan penampilan nampak eksklusif dengan corak dan warna yang dipakai.
Terdapat juga pelbagai jenis dan rekaan baju yang menggunakan corak brocade ini.
Paisley
Paisley adalah corak lain yang sesuai dipakai oleh wanita. Walaupun corak ini tidak begitu popular seperti corak-corak lain, ia masih kekal berada di dalam pasaran.
Baju yang bercorak begini tidak banyak pada rekaan baju kurung, tetapi ia banyak pada corak blaus dan dress.
Jika dilihat di internet, rekaan dan corak blaus paisley lebih banyak digunakan di luar negara berbanding di negara kita.
Dalam banyak-banyak corak yang sudah dinyatakan, saya yakin corak yang paling popular dalam kalangan wanita di luar sana adalah corak floral, batik dan songket.
Corak yang lain bukanlah tidak popular, cuma namanya sahaja yang tidak biasa didengari sedangkan kita ada sahaja pakai atau beli baju yang ada corak tersebut.
Jom kongsikan di ruangan komen corak yang manakah anda suka dan selalu pakai.