Apabila menyebut tentang warna putih, pastinya ada di antara anda yang tidak yakin atau berani memakai pakaian yang berwarna putih.

Hal ini kerana ramai yang merasakan bahawa warna putih yang dipakai membuatkan wajah kelihatan kusam dan gelap.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin memakai warna putih sama ada pada pakaian ataupun tudung, perlu pilih dengan tona warna putih yang bersesuaian.

Tip Penggayaan Pakaian Warna Putih

Ada beberapa tip yang akan dikongsikan kali ini untuk anda memakai warna putih supaya kelihatan cantik, anggun dan sesuai dengan warna putih yang dipakai.

  1. Pilih warna putih yang sesuai dengan tona warna kulit
  • Apabila ingin menggayakan warna putih, anda mestilah memakai warna putih yang bersesuaian dengan tona dasar warna kulit.
  • Sekiranya anda mempunyai tona dasar kulit cool, maka anda perlu pilih warna putih yang mempunyai sifat atau ciri-ciri warna cool. Warna cool ini biasanya mempunyai campuran dengan sedikit warna biru.
  • Manakala untuk anda yang mempunyai tona dasar kulit warm, pilihlah warna putih yang mempunyai sifat warm. Warna putih warm ini mempunyai campuran warna kuning.
  • Contohnya adalah seperti berikut

 

  1. Padankan warna putih dengan jenis fabrik yang berbeza
  • Suai padankan jenis fabrik yang berbeza apabila memakai pakaian yang berwarna putih.
  • Tidak menjadi kesalahan sekiranya ingin memakai baju, seluar atau skirt dengan warna putih. Tetapi pilih jenis fabrik yang berbeza.
  • Sebagai contoh, boleh padankan dengan baju fabrik cotton dengan kain jenis satin atau chiffon.
  • Boleh juga pakai baju dengan fabrik cotton dengan hiasan fabrik lace pada bahagian bahu, lengan atau bawah baju.

  1. Padankan dengan warna fesyen yang lain
  • Warna putih adalah warna yang sesuai dan mudah disuai padankan dengan warna fesyen yang lain.
  • Anda juga boleh padankan warna putih dengan warna yang lebih gelap seperti biru navy, dark brown, black dan lain-lain.
  • Boleh padankan warna putih dalam kategori cool dengan warna pastel, manakala earth tone untuk warna putih warm dan lain-lain warna yang bersesuaian.

  1. Pakai warna putih yang bercorak
  • Sekiranya anda mahu memakai warna putih tetapi tidak yakin untuk pilih pakaian putih yang kosong (plain), anda boleh pilih pakaian yang bercorak.
  • Sebagai contoh, anda boleh cuba pakaian putih dengan cetakan atau corak seperti chevron, floral, geometri, bergaris dan lain-lain.

  1. Padankan dengan aksesori yang berwarna-warni
  • Pilih warna yang lebih terang sekiranya anda mahukan penampilan yang berani dan pilih warna yang pastel dan lembut jika inginkan penampilan yang lebih feminin.
  • Sebagai contoh, anda memakai dress berwarna putih dan padankan dengan aksesori seperti tali pinggang berwarna merah, coklat dan sebagainya.
  • Boleh juga padankan dengan aksesori lain seperti beg tangan, jam tangan, tudung, cinicn, rantai dan sebagainya dengan warna selain daripada putih.

Di samping itu, bagi anda yang suka memakai warna putih, anda perlu memakai pakaian dalam supaya tidak menampakkan bentuk tubuh badan dan sebagainya.

Selain itu, basuh pakaian yang berwarna putih secara berasingan dengan warna yang lain supaya tidak bercampur warna. Untuk mengelakkan pakaian berwarna putih itu menjadi kekuningan, boleh jemurkan di bawah cahaya matahari.

Sekiranya anda juga peminat warna putih, boleh kongsikan pandangan anda pada ruangan komen di bawah.