Warna sememangnya penting dalam kehidupan seharian. Setiap benda yang ada di muka bumi ini mempunyai warna. Malahan keputusan untuk membeli pakaian, hiasan rumah dan sebagainya dipengaruhi oleh warna.

Setiap individu mempunyai warna kesukaan dan pilihannya yang tersendiri. Ada individu suka memakai warna gelap, ada yang suka memakai warna kategori pastel dan sebagainya.

Namun, tahukah anda bahawa di dalam dunia warna, ada 12 warna yang sesuai dipakai oleh semua orang.

Warna ini dikategorikan sebagai warna universal.

Mengapa dipanggil warna universal?

Hal ini kerana kesemua warna ini sesuai untuk dipakai oleh semua orang disebabkan oleh elemen warna sejuk dan panas (cool and warm) yang seimbang untuk semua jenis kulit.

Selain itu warna universal ini juga harmoni dari sudut kejelasan (clarity) dan kepekatan (depth). Boleh juga dijadikan idea warna tema baju untuk majlis tertentu.

12 warna tersebut adalah seperti berikut:

1. Ivory

2. Buff

3. Taupe

4. Medium grey

5. Medium Navy

6. Dark Chocolate

7. Turquoise

8. Teal

9. Coral

10. Periwinkle

11. Medium purple

12. Watermelon

Salah satu kelebihan lain warna universal ini adalah sekiranya anda berada di dalam satu kumpulan dan ramai orang nak pakai warna yang sama tetapi di antara anda ada tona kulitnya yang berlainan, boleh pilih warna dalam kategori ini.

Selain itu, warna universal ini juga sesuai dipilih sebagai warna tema majlis tertentu seperti majlis perkahwinan yang melibatkan keluarga besar. Warna dalam kategori ini juga sesuai dipilih dan mudah dicari.

Antara 12 warna universal yang sudah dinyatakan, warna manakah yang anda suka? Boleh kongsikan pada ruangan komen di bawah.