Professional Fashion Designer Selling Exclusive Clothes To Her Client In Own Showroom. Fashion Business Concept. Copy Space
Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini:
– Apakah yang perlu dilakukan untuk memulakan perubahan imej?
– Bagaimanakah cara untuk mengubah imej?
Anda yang membaca ini mesti tertanya-tanya juga bukan?
Sebenarnya, banyak cara untuk memulakan perubahan imej. Di bawah ini saya kongsikan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk memulakan perubahan imej anda.
Cara untuk memulakan perubahan imej:
1. Be the best version of you
Sebelum anda menentukan imej yang ingin anda tampilkan, anda perlu menjawab 2 soalan ini terlebih dahulu:
– Apakah imej yang ingin digayakan itu sesuai dengan personaliti diri anda?
– Adakah imej yang ingin digayakan itu selari dengan kerjaya dan gaya hidup anda?
Apabila anda sudah berjaya menjawab kedua-dua soalan ini, anda akan mengetahui dengan lebih jelas tentang imej yang sesuai untuk digayakan.
2. Mencari sumber inspirasi
Apabila anda ingin melakukan perubahan, anda perlu mencari seseorang sebagai sumber inspirasi. Sumber inspirasi anda mungkin dalam kalangan selebriti, ahli politik, usahawan yang berjaya, rakan sekerja atau sesiapa sahaja yang berpotensi menjadi sumber inspirasi anda ke arah gaya baru yang anda mahu bina. Individu yang anda pilih untuk menjadi sumber inspirasi itu perlulah memiliki gaya yang ideal dan bersesuaian dengan anda.
3. Membina visual style guide
Anda boleh mencipta sebanyak mana koleksi gambar untuk mencerminkan gaya yang anda inginkan. Anda juga boleh merujuk gambar-gambar di internet dan muat turun gambar tersebut sebagai rujukan. Contohnya, platform Pinterest adalah platform yang bagus untuk mencipta idea baru bersesuaian dengan gaya anda.
4. Jangan jadi mangsa fesyen
Jangan jadi mangsa fesyen di sini bermaksud tidak semua trend fesyen terkini sesuai dengan gaya anda. Anda perlu memilih fesyen yang bersesuaian dengan personaliti, kerjaya dan gaya hidup anda. Tidak semua fesyen terkini itu perlu diikuti. Berhati-hati dalam memilih fesyen yang anda ingin gayakan.
5. Mencipta dan meneroka gaya baru
Untuk membina imej yang baru, ia tidak berlaku secara serta-merta. Jadi, beri peluang kepada diri anda untuk mencipta dan meneroka gaya baru. Gunakan apa yang ada di dalam almari anda untuk mencuba kombinasi pakaian baharu yang bersesuaian dengan gaya anda. Apabila anda sudah berjaya keluar daripada zon selesa anda, anda akan menemui gaya baru untuk diri anda sendiri.
Diharapkan perkongsian yang saya berikan ini sedikit sebanyak membantu anda untuk memulakan peruabahan imej diri anda.
Selamat mencuba & semoga berjaya!
Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca
Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca
Pemilihan warna tudung merupakan elemen penting dalam gaya pemakaian seorang wanita. Terutamanya bagi wanita yang… Teruskan Membaca
Ramai wanita sering memberi perhatian penuh terhadap pemilihan pakaian ke tempat kerja. Mereka akan menilai… Teruskan Membaca
Memilih pakaian yang sesuai untuk wanita berbadan gempal atau berisi memerlukan sedikit perincian agar penampilan… Teruskan Membaca