Pemilihan warna tudung merupakan elemen penting dalam gaya pemakaian seorang wanita. Terutamanya bagi wanita yang berhijab. Ini bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap pakaian malah mencerminkan personaliti serta meningkatkan keyakinan diri. Sekiranya mereka memilih warna tudung mengikut tona kulit, wajah akan kelihatan lebih cerah dan berseri.
Setiap wanita memiliki tona kulit yang berbeza sama ada ‘cool,’ ‘warm,’ natural’ atau ‘tan’. Berikut merupakan warna tudung yang sesuai dengan tona kulit ‘cool’ dan ‘warm’:
Wanita yang memiliki tona kulit ‘cool’ sesuai memilih tudung berwarna:
• Soft blue
• Grey
• Lavender
• Dusty pink
Jika mereka memakai warna yang cenderung kepada tona ‘warm’ seperti gold, rust dan mustard, ia boleh menyebabkan wajah kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Sebaliknya, wanita yang memiliki tona kulit ‘warm’ sesuai memakai warna tudung seperti:
• Peach
• Olive
• Brown
Jika tersilap dalam memilih warna tudung ia boleh menjadikan keseluruhan penampilan kurang menyerlah walaupun pakaian kelihatan bergaya dan kemas.
Selain itu, pemilihan warna tudung juga boleh disesuaikan mengikut situasi, masa dan tempat. Contohnya, warna pastel sesuai pada waktu siang atau acara santai manakala warna gelap dan elegan seperti maroon atau navy sesuai untuk acara malam.
Tambahan pula, pemilihan warna tudung yang betul boleh membantu mengekspresikan mood dan emosi seseorang. Warna yang ceria seperti kuning atau merah jambu mungkin sesuai ketika mereka ingin kelihatan lebih bersemangat manakala warna yang lembut seperti beige atau nude boleh memberikan kesan tenang dan anggun.
Oleh itu, sebelum memilih untuk memakai sesuatu warna tudung, penting untuk mempertimbangkan tona kulit, jenis acara, suasana serta padanan warna secara keseluruhan.
Penjagaan kasut yang jarang dipakai atau hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu sering kali diabaikan, namun… Teruskan Membaca
Blouse merupakan salah satu pilihan pakaian yang sering digayakan untuk ke tempat kerja, sama ada… Teruskan Membaca
Wanita yang berbadan rendah sering menghadapi cabaran dalam memilih pakaian yang sesuai agar kelihatan lebih… Teruskan Membaca
Penyusunan wardrobe yang kemas mampu memberikan keselesaan pandangan serta mewujudkan ruang penyimpanan yang lebih teratur.… Teruskan Membaca
Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca