Tip Pakaian Untuk Wanita Lebar Dan Berisi

Prinsip dalam penampilan bukan diukur berdasarkan saiz lebar, besar dan tinggi sebagai bentuk pengukur kecantikan. Ia bergantung kepada cara seseorang individu dalam memilih gaya yang sesuai untuk menyerlahkan penampilannya. Bagi wanita berbadan lebar dan berisi, pemilihan pakaian yang bersesuaian amat penting bagi memastikan penampilan kelihatan kemas, menarik dan lebih yakin.

Berikut merupakan beberapa tip pakaian untuk wanita lebar dan berisi iaitu:

1. Pilih Pakaian Yang Membahagikan Badan

• Kawasan pada pakaian tersebut mempunyai sebelah berwarna lain seperti sebelah berwarna hitam dan sebelah berwarna putih.
• Pakaian tersebut boleh membantu memberikan ilusi badan yang lebih kurus.

2. Memakai Warna Yang Gelap

• Pakaian berwarna gelap memberikan ilusi lebih kecil seterusnya membantu menyembunyikan kawasan yang lebar.
• Mewujudkan titik fokus yang baru dengan mengenakan warna terang bersama dengan warna gelap pada pakaian.

3. Jenis Corak Dan Saiz

• Elakkan memakai corak yang terlampau kecil.
• Digalakkan memilih corak berbentuk geometri supaya dapat menghilangkan lingkungan yang ada pada badan.

4. Pilih Garis Menegak

• Digalakkan memakai garis menegak agar saiz badan kelihatan kurus.
• Elakkan memakai garis melintang kerana memberi kesan kelabaran pada badan.
• Pakaian bergaris melintang masih boleh dipakai, namun sebaiknya dipadankan dengan pakaian yang plain seperti jaket agar garis melintang akan kelihatan lebih pendek dan tidak terlalu menonjol.

5. Elakkan Memilih Fabrik Berkilat

• Elakkan memakai fabrik yang berkilat kerana ia memantulkan cahaya yang jelas dan menampakkan lekuk-lekuk pada badan.
• Fabrik berkilat juga akan menambahkan ilusi pada badan.

6. Potongan Dan Gaya Pakaian

• Pilih potongan pakaian yang ringkas bagi mengelakkan badan kelihatan sarat.
• Potongan pakaian yang ringkas dan minimalis memberikan penampilan yang lebih kemas dan bergaya.

Pemilihan pakaian yang sesuai dapat membantu wanita berbadan lebar dan berisi untuk kelihatan lebih yakin dan bergaya. Padanan garis menegak serta pemilihan warna yang bijak mampu menyerlahkan keistimewaan diri seseorang wanita. Paling penting, kekalkan keyakinan diri dan sesuaikan gaya mengikut bentuk badan anda.

 

Share

Artikel Terkini

Cara Memilih Blouse Untuk Ke Tempat Kerja

Blouse merupakan salah satu pilihan pakaian yang sering digayakan untuk ke tempat kerja, sama ada… Teruskan Membaca

5 days lepas

Tip Pilih Pakaian Untuk Wanita Rendah

Wanita yang berbadan rendah sering menghadapi cabaran dalam memilih pakaian yang sesuai agar kelihatan lebih… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Cara Susun Wardrobe Secara Bijak

Penyusunan wardrobe yang kemas mampu memberikan keselesaan pandangan serta mewujudkan ruang penyimpanan yang lebih teratur.… Teruskan Membaca

1 month lepas

Bagaimana Memilih Corak Bergaris Pada Pakaian

Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca

3 months lepas

Cara Yang Betul Pilih Beg Tangan

Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca

3 months lepas