Tip Memilih Jam Tangan

Pemilihan jam tangan yang sesuai bukan sahaja melengkapkan penampilan, malah mencerminkan personaliti seorang wanita. Dengan pelbagai rekaan dan gaya di pasaran, jam tangan boleh dipilih mengikut cita rasa dan gaya hidup seseorang wanita.

Pelbagai jenis jam tangan berkonsep feminin dengan hiasan batu kristal dan ada juga jam tangan maskulin dengan reka bentuk segi empat atau bulat. Pemilihan yang bijak mampu memaksimumkan perbelanjaan dengan mendapatkan jam tangan yang bukan sahaja bergaya, tetapi juga praktikal dan tahan lama.

Berikut merupakan beberapa tip memilih jam tangan iaitu:

1. Lebar Pergelangan Tangan

• Buat jari berbentuk L dan ukur pada pergelangan tangan.
• Jika dua jari bertimba maka pergelangan tangan kecil bersaiz 28mm.
• Jika dua jari bertemu maka pergelangan tangan sederhana bersaiz 32mm.
• Jika dua jari berpisah maka pergelangan tangan besar bersaiz 36mm atau 40mm.

2. Padankan Warna Aksesori Yang Sama Warna

• Jam tangan berwarna silver sesuai dipadankan dengan aksesori warna yang sama untuk kelihatan lebih harmoni.
• Pemakaian warna rose gold boleh dipadankan dengan warna gold kerana mempunyai sifat warna yang sama.
• Jam berwarna silver boleh dipadankan dengan aksesori mutiara kerana mempunyai tona warna yang sama.

3. Pemilihan Jam Tangan Mengikut Majlis

• Jam tangan diperbuat daripada logam (metal) merupakan jam tangan paling universal dan sesuai digunakan dalam pelbagai situasi majlis
kecuali waktu bersukan.
• Pemilihan jam tangan perlu bersesuaian mengikut majlis yang dihadiri.

Jam tangan bukan sekadar penunjuk masa, tetapi pelengkap gaya yang mampu menyerlahkan keanggunan dan keperibadian seorang wanita. Dengan pemilihan jam tangan yang tepat dari segi rekaan, padanan warna dan kesesuaian majlis, ia mampu memberi impak besar pada keseluruhan penampilan. Jadikan jam tangan sebagai simbol gaya eksklusif.

Share

Artikel Terkini

Cara Memilih Blouse Untuk Ke Tempat Kerja

Blouse merupakan salah satu pilihan pakaian yang sering digayakan untuk ke tempat kerja, sama ada… Teruskan Membaca

5 days lepas

Tip Pilih Pakaian Untuk Wanita Rendah

Wanita yang berbadan rendah sering menghadapi cabaran dalam memilih pakaian yang sesuai agar kelihatan lebih… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Cara Susun Wardrobe Secara Bijak

Penyusunan wardrobe yang kemas mampu memberikan keselesaan pandangan serta mewujudkan ruang penyimpanan yang lebih teratur.… Teruskan Membaca

1 month lepas

Bagaimana Memilih Corak Bergaris Pada Pakaian

Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca

3 months lepas

Cara Yang Betul Pilih Beg Tangan

Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca

3 months lepas