Emulsion adalah pelembap yang bersifat water-based dan memiliki tekstur yang sangat ringan berbanding pelembap yang bersifat krim.

Kebanyakan emulsion bersifat cecair membuatkan ia diserap lebih cepat ke dalam kulit dan tidak membentuk satu lapisan lain seperti krim wajah.

Fungsinya sama seperti pelembap yang lain iaitu membantu mengekalkan kelembapan wajah dan mengunci kelembapan supaya tidak tersejat kepada udara.

☘️ Bilakah mahu menggunakan emulsion?
Selepas serum. Jika cikpuan memiliki krim siang atau pelembap lain yang lebih likat sifatnya maka emulsion perlu dipakai sebelumnya. JIka tidak ia adalah langkah yang terakhir sebelum sunblock.
eg : serum » emulsion » krim pelembap (pilihan) » sunblock

☘️ Siapa yang sesuai memakai emulsion?
Kulit berminyak yang susah untuk mencari pelembap yang ringan dan sesuai.
Kulit Kombinasi yang memerlukan kelembapan pada dua bahagian kulit.
Kulit sensitif yang memerlukan produk bersifat ringan dan tidak menyumbat liang pori atau memberi iritasi.

☘️ Produk: Vitamin E Moisture protect Emulsion SPF30 PA+++
Formula ringan yang mepunyai fungsi duo iaitu untuk melembap serta melindungi kulit daripada UVA dan UVB.
Melembap sehingga 48 jam penghidratan, menjadikan kulit berasa lembut dan licin.

 

Terima Kasih, jangan lupa kongsikan pada rakan-rakan cikpuan ya!😊