Kategori: Minyak Wangi

Apakah bezanya Parfum dan Eau De Parfum?

Saya ada menerima persoalan daripada pengikut Facebook saya. “Puan, apakah bezanya Parfum dan Eau De Parfum?”

Dengan senang hatinya, saya mahu berkongsi jawapan berikut.

=====
Pati Di Dalam Minyak Wangi
=====

Perbezaan utama ialah pada amaun atau kepekatan pati tulen di dalam minyak wangi itu.

Pati ini adalah dalam bentuk minyak yang diekstrak daripada sumber wangian seperti bunga, rumput, rempah, buah-buahan, kayu, akar dan lain-lain.

Dalam parfum, pati tulen boleh mencecah di antara 25% hingga 40% daripada kandungan keseluruhan minyak wangi. Bakinya ialah alkohol dan air yang dicampur mengikut kuantiti yang ditentukan oleh pembuat formula.

Dalam Eau De Parfum (EDP), pati ini ada dalam sekitar 15% ke 20% daripada kandungan minyak wangi. Bakinya juga ialah alkohol dan air.

=====
Pati Mempengaruhi Ketahanan Bau Wangi
=====

Disebabkan kandungan pati tulen yang lebih tinggi, parfum adalah lebih wangi dan lebih tahan lama bau wanginya. Parfum berkualiti tinggi ada yang tahan wanginya sehingga 10 ke 12 jam.

Berbeza dengan EDP yang mempunyai kurang sedikit pati tulen, daya tahan wanginya adalah sekitar 6 ke 9 jam.

=====
Pati Mempengaruhi Harga Minyak Wangi
=====

Proses mengekstrak pati tidak mudah. Beribu-ribu kuntum bunga atau sumber lain diperlukan untuk menghasilkan hanya 100 ml pati tulen.

Setelah bahan sumber dikumpulkan, masa yang lama juga diambil untuk mengeluarkan patinya. Proses ini boleh memakan masa berbulan-bulan lamanya dan melalui pelbagai peringkat pemprosesan.

Inilah juga sebab minyak wangi amat mahal. Semakin banyak pati dalam sebotol minyak wangi itu, semakin premium harganya.

Sebagai contoh, Parfum N°5 Chanel ini boleh mencecah sehingga RM8900.00 untuk 224 ml.

Manakala Eau De Parfum N°5 Chanel pula berharga sekitar RM900.00 untuk 200 ml.

NOTA: Bayangkan betapa rumitnya proses mencari, meneliti, memilih, menapis, mengekstrak, mencampurkan, membotolkan sehingga minyak wangi itu dibeli oleh pelanggan. Tabik hormat kepada pengeluar minyak wangi tulen atas kerja keras mereka!

#PuanMary #GuruImej #DiSebalikMinyakWangi

Share

Artikel Terkini

Bagaimana Memilih Corak Bergaris Pada Pakaian

Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca

1 week lepas

Cara Yang Betul Pilih Beg Tangan

Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Jenis – Jenis Gelang Tangan Wanita

Gelang tangan merupakan antara aksesori penting yang disarankan untuk dimiliki oleh setiap wanita sebagai pelengkap… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Memakai Warna Putih

Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca

2 months lepas

Warna Pakaian Ke Temu Duga

Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca

2 months lepas