Bintik Hitam? Blackhead? Apakah sebenarnya bintik-bintik hitam? Bagaimana mahu menghilangkan bintik-bintik hitam dan mencegah bintik hitam daripada kembali?

B – Bintik Hitam (Blackhead)

▪️Bintik hitam atau blackhead bermula apabila sebum (minyak semulajadi yang ada pada kulit), sel kulit mati, bakteria, sisa solek dan kotoran menyumbat liang yang berada pada permukaan kulit wajah.

▪️Permukaan bintik hitam yang bersifat terbuka menyebabkan kesemua kandungan di dalam liang ini teroksidasi dan berubah menjadi warna gelap. Bintik-bintik hitam ini akan kelihatan jelas sekiranya liang lebih besar.

▪️Pernah lihat kulit pisang yang berubah daripada warna kuning menjadi warna hitam? Proses ini dipanggil oksidasi (oxidation).

▪️Proses yang sama inilah yang berlaku pada permukaan liang kulit yang tersumbat lalu menyebabkan bintik-bintik hitam kelihatan dengan jelas.

▪️Selagi mana bintik-bintik hitam tidak mengalami keradangan atau dijangkiti kuman, ia tidaklah berbahaya.

▪️Namun bintik-bintik hitam yang jelas kelihatan dan dalam bilangan yang banyak boleh menyebabkan seseorang rasa hilang yakin diri dan mengganggu kualiti interaksi sosial hariannya.

▪️Memandangkan bintik hitam adalah berpunca daripada liang kulit yang tersumbat, teknik pembersihan muka yang betul dengan produk yang boleh membersihkan sehingga ke dalam liang kulit adalah salah satu cara untuk menghilangkan bintik hitam.

▪️Ramai pakar kulit mencadangkan produk pembersih wajah yang mengandungi salicylic acid (pada produk juga dicetak sebagai BHA) untuk membantu proses menghilangkan bintik-bintik hitam ini.

▪️Salicylic acid ialah sejenis asid yang diperolehi dan diekstrak daripada kulit pokok Willow.

▪️Salicylic acid bertindak dengan melarutkan bahan-bahan yang menyumbat liang kulit dan sekaligus membersihkan permukaan kulit wajah dengan lebih efektif.

▪️Setelah wajah dibersihkan, amat penting untuk memastikan wajah disapu pelembap. Pelembap yang kaya dengan nutrien bukan sahaja membantu melembapkan kulit, malah dapat mengekalkan keanjalan kulit.

▪️Kulit yang sihat, anjal dan mempunyai kelembapan yang mencukupi cenderung untuk mempunyai pori-pori yang lebih kecil.

▪️Pori-pori yang kecil tidak mudah tersumbat dengan kekotoran dan sel kulit mati lalu mencegah bintik-bintik hitam.

 

NOTA: Banyak lagi yang saya kongsikan di dalam kamus kulit. Berminat untuk dapatkannya? Terima kasih kerana sudah membaca tentang Bagaimana Mahu Menghilangkan Bintik Hitam Dan Mencegah Bintik Hitam Daripada Kembali?

Saya amat menghargainya. Jangan lupa kongsikan artikle ini kepada semua rakan-rakan cikpuan.