Saya telah terangkan di dalam video 4 Langkah Mudah Hilangkan Jerawat Pasir bahawa jerawat pasir tidak semestinya Fungal Acne tetapi berkemungkinan tinggi adalah Comedonal Acne.
Setelah video ini dimuat naik, ramai yang bertanya kepada saya contoh produk yang boleh dipakai untuk mereka yang mengalami jerawat pasir/Comedonal Acne ini. Jadi, di dalam artikel khas ini, saya sediakan beberapa cadangan produk yang telah saya semak bahannya. Walaubagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab cikpuan/puan/tuan untuk memahami jenis kulit dan tahap sensitiviti kulit sendiri kerana setiap individu mempunyai kulit yang berbeza.
Semua produk penjagaan kulit untuk jerawat pasir ini sesuai untuk kulit normal, berminyak, kering, kombinasi dan juga sensitif dan boleh didapati di Watson, Guardian dan juga drugstore lain.
Pencuci muka anda adalah antara rutin yang sangat penting. Pencuci muka yang boleh berfungsi dengan baik kebiasaannya mempunyai pH yang seimbang iaitu sekitar 4-7. Sekiranya anda tertanya-tanya apa yang dimaksud dengan “pH yang seimbang”, ia adalah merujuk kepada produk yang diformulasikan dengan pH yang selamat untuk mendapatkan kulit yang normal dan sihat.
Walaubagaimanapun, bagi pencuci muka yang mempunyai bahan asid seperti AHA/BHA, ia mempunyai pH yang lebih rendah (pH 3.5) dan adakala mempunyai pH yang lebih tinggi (pH 7.5). Jangan khuatir kerana pH ini masih dikategorikan ‘selamat’ kerana kajian menyatakan bahawa kulit mempunyai sifat pH yang tersendiri untuk mengembalikan pH kepada neutral selepas satu jam.
TETAPI, jika pH tersebut 2.5 dan ke bawah dan pH 8 ke atas, ia mengambil masa yang agak lama untuk kembali kepada pH asal kulit, jadi oleh sebab itu, pencuci muka sebegini berkemungkinan tinggi akan merosakkan barrier kulit dan seterusnya memberi iritasi.
Antara sifat pencuci muka yang bagus adalah:
Antara sifat pencuci muka yang tidak bagus adalah:
Cadangan produk:
CeraVe Foaming Facial Cleanser.
Produk ini hanya boleh didapati secara online dan juga farmasi-farmasi tertentu.
Innisfree Blueberry Rebalancing 5.5 Cleanser.
Pencuci muka ini hanya boleh dibeli secara online.
Simple Refreshing Facial Wash.
Produk ini boleh didapati di Watson, Guardian dan juga secara online.
Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash.
Produk ini boleh didapati di Watson, Guardian dan juga secara online.
Secara umumnya, sebarang produk yang mengandungi AHA & BHA bukan untuk dipakai harian kerana ia bersifat exfoliating.
Jadi sama ada ia adalah pencuci muka, toner, serum atau pelembap, jika ia mempunyai bahan exfoliating seperti AHA/BHA/PHA/enzyme buah-buahan, maka pada peringkat permulaan, dicadangkan untuk dipakai 2-3 kali seminggu sahaja dahulu.
Tetapi apabila sudah biasa dan serasi dengan kulit, boleh tingkatkan kekerapan penggunaan seperti mana yang dicadangkan pada arahan atau label produk.
PENTING: Untuk peringkat permulaan saya galakkan pakai exfoliating toner pada sebelah malam sahaja dahulu dan wajib pakai pelindung suria pada siang hari apabila pakai bahan bersifat asid di dalam produk anda.
Cadangan produk:
Eucerin Pro Acne Toner Solution
Produk ini boleh didapati di Watson, Guardian dan juga secara online.
AHA.BHA.PHA 30 days Miracle Toner by SomeByMi
Produk boleh dibeli secara online.
Benton Aloe BHA Skin Toner
Produk boleh dibeli secara online.
Pelembap adalah perkara paling penting di dalam rutin harian penjagaan. Mengekalkan kelembapan wajah adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah minyak berlebihan atau kulit menjadi kering.
Kalenjar minyak menghasilkan sebum (minyak) pada wajah kerana ia ingin memberi / mengekalkan kelembapan kulit. Jadi, untuk kulit berminyak, minyak yang berlebihan akan menjadi punca kepada pertumbuhan jerawat, blackhead dan whitehead.
Bagi kulit kering pula, kalenjar minyak anda tidak seaktif kulit berminyak, malahan ia sangat sukar menghasilkan minyak sehingga kulit terlalu kering dan tidak dapat kelembapan yang sepatutnya. Inilah yang menjadi punca kepada kulit kering dan seterusnya menyebabkan iritasi dan masalah kulit yang lain.
Cadangan Produk:
IUNIK Centella Calming Gel Cream
Produk ini boleh dibeli secara online:
A’PIEU Medacassoside Cream
Produk ini boleh dibeli secara online:
Nota: Produk ini juga terdapat versi gel cream jadi berhati-hati supaya tidak tersalah beli kerana kandungan bahannya berbeza.
Hada Labo Hydrating Water Gel
Produk ini boleh didapati di Watson, Guardian dan juga secara online.
Pelindung suria? Wajib ke pakai? Tak perlu pakai kalau tidak sayang kulit! Tetapi kalau anda tahu tentang kepentingan pelindung suria, pasti anda tidak berani tinggalkan pelindung suria dalam rutin harian!
Pelindung suria memang agak sukar untuk dicari mengikut kesesuaian kulit apatah lagi jika anda memiliki kulit sensitif. Bagi saya, tiada cara lain selain membeli pelindung suria mengikut jenis kulit, pakai dan lihat reaksi kulit terhadap pelindung suria tersebut.
Sangat banyak manfaat memakai pelindung suria ini, tetapi 3 perkara ini cukup untuk saya gambarkan betapa pentingnya pelindung matahari.
3 kepentingan tersebut adalah:
Jadi, sudahkah anda memakai pelindung suria?
Cadangan Produk:
Biore UV Perfect Face Milk
Produk ini boleh didapati di Watson, Guardian dan juga secara online.
MISSHA Essence Sun Milk SPF50+/PA+++
Produk ini boleh dibeli secara online.
MISSHA Aqua Sun Gel SPF50+/PA++++
Produk ini boleh dibeli secara online.
Hada Labo Perfect UV Gel SPF50+ PA++
Produk ini boleh didapati di Watson, Guardian dan juga secara online.
Terima kasih kerana membaca dan semoga membantu!
Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca
Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca
Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca
Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca
Sebagai wanita, pastinya anda sibuk dengan tugasan harian di rumah seperti menjaga anak-anak, menguruskan rumah… Teruskan Membaca
Lihat Komen
Hai Puan Mary bagaimana pula kalau serum yang sesuai untuk jerawat pasir?
Hai puan mary saya masih mempunyai masalah jerawat pasir yg degil sngt nk hilang.. Masih remaja kan.. Dh berthn jugak sya hadap sakit sngt puan mary ad jugak yg tinggalkn kesan parut jerawat..bantu sya puan maryy sya memerlukan kos anggaran dlm 100 mcm tu utk hilangkn jerawat pasir sya
Boleh tonton video https://www.youtube.com/watch?v=FIuoN2IATkk ini dan pilih cadangan produk pada page ini atau mana-mana produk yang sesuai dengan kulit cikpuan.
Assalamualaikum puan Mary, saya nk mta pndangan puan Mary pasal kulit saya. Saya berumur 34 tahun. Selama ni saya xpernah pakai Pelembab sbb saya perasan Bila saya pakai cream Pelembab kulit Muka saya akan naik biji kecil kemerahan. Bila saya stop pakai terus hilang biji2 tu. Jadi saya hnya pernah pakai hada labo hydrating lotion dlm masa yg agak Lama Dan tidak mengalamiapa2 masalah. Mula umur 31 tahun saya mgalami masalah kulit Muka kering selepas bersali Dan ingin mencuba memakai cream Pelembab. Saya memakai oil free hydrating gel dari mary kay. Naik jerawat pasir tp saya Cuba pakai juga sbb bc cakap pada saya mgkin tu kesan sbb saya xpernah pakai Pelembab Dan tidak pakai completed routine skin care. Tapi bermula dari saat itulah hingga sekarang saya mgalami masalah jerawat pasir Dan kekadang Naik biji besar mcm bengkak.(kulit merengsang barangkali).Saya google Dan terbaca artikel puan Mary tenrang produk yg sesuai untuk hilangkan Jerawat pasir..saya Cuba toner uecerine dlm sebulan tp masih lg berjerawat pasir. Saya masih teruskan memakai oil free hydrating lotion dari mary Kay bersama toner uecerine.Saya nk mta pndangan puan Mary untuk tanggani masalah jerawat pasir pada Muka saya. adakah gabungan produk yg saya pakai tidak ok sehingga jerawat pasir ni masih tidak hilang. Boleh puan Mary beri cadangan produk Dan cara memakai produk Berkenaan dengan betul
Waalaikumussalam,
1) Perlu ada rutin asas dalam penjagaan kulit iaitu pencuci muka, pelembap dan pelindung suria. Pencuci muka mestilah bersifat gentle seperti Cetaphil Gentle Skin Cleanser.
2) Untuk masalah jerawat, berkemungkinan tinggi pelembap tersebut tidak sesuai dengan kulit cikpuan dan menyumbat liang pori. Produk oil-free lebih sesuai untuk kulit muka berminyak. Jika kulit cikpuan adalah kering, tekstur losen atau krim lebih sesuai. Pendapat saya, lebih baik tukar kepada pelembap yang mengandungi bahan-bahan yang menguatkan skin barrier seperti Ceradan Skin Barrier Repair Cream.
3) Rawat masalah jerawat dengan produk yang mengandungi Salicylic Acid seperti Eucerin Pro Acne Solution A.I Treatment yang mengandungi 2% Salicylic Acid. Pakai secara berkala 2-3 kali seminggu pada kawasan yang berjerawat. Boleh selang selikan dengan penggunaan Eucerin Pro Acne Solution Toner.
4) Boleh kekalkan penggunaan Hada Labo Hydrating Lotion dan tambahkan rutin sunscreen.
5) Turutan rutin skincare: Pencuci muka (gentle) > Eucerin Pro Acne Solution A.I Treatment / Eucerin Pro Acne Solution Toner (2-3 kali seminggu) > Hada Labo Hydrating Lotion > Pelembap (pilih ikut jenis kulit) > sunscreen (siang sahaja)