Saya telah terangkan di dalam video 4 Langkah Mudah Hilangkan Jerawat Pasir  bahawa jerawat pasir tidak semestinya Fungal Acne tetapi berkemungkinan tinggi adalah Comedonal Acne.

Setelah video ini dimuat naik, ramai yang bertanya kepada saya contoh produk yang boleh dipakai untuk mereka yang mengalami jerawat pasir/Comedonal Acne ini. Jadi, di dalam artikel khas ini, saya sediakan beberapa cadangan produk yang telah saya semak bahannya. Walaubagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab cikpuan/puan/tuan untuk memahami jenis kulit dan tahap sensitiviti kulit sendiri kerana setiap individu mempunyai kulit yang berbeza.

Semua produk penjagaan kulit untuk jerawat pasir ini sesuai untuk kulit normal, berminyak, kering, kombinasi dan juga sensitif dan boleh didapati di Watson, Guardian dan juga drugstore lain.

Rutin dan Produk Penjagaan Kulit Wajah (Basic Skincare) untuk Comedonal Acne.


Pencuci muka:

Pencuci muka anda adalah antara rutin yang sangat penting. Pencuci muka yang boleh berfungsi dengan baik kebiasaannya mempunyai pH yang seimbang iaitu sekitar 4-7. Sekiranya anda tertanya-tanya apa yang dimaksud dengan “pH yang seimbang”, ia adalah merujuk kepada produk yang diformulasikan dengan pH yang selamat untuk mendapatkan kulit yang normal dan sihat.

Walaubagaimanapun, bagi pencuci muka yang mempunyai bahan asid seperti AHA/BHA, ia mempunyai pH yang lebih rendah (pH 3.5) dan adakala mempunyai pH yang lebih tinggi (pH 7.5). Jangan khuatir kerana pH ini masih dikategorikan ‘selamat’ kerana kajian menyatakan bahawa kulit mempunyai sifat pH yang tersendiri untuk mengembalikan pH kepada neutral selepas satu jam.

TETAPI, jika pH tersebut 2.5 dan ke bawah dan pH 8 ke atas, ia mengambil masa yang agak lama untuk kembali kepada pH asal kulit, jadi oleh sebab itu, pencuci muka sebegini berkemungkinan tinggi akan merosakkan barrier kulit dan seterusnya memberi iritasi.

Antara sifat pencuci muka yang bagus adalah:

  • membuang segala kotoran
  • membuang lebihan minyak
  • tidak mengeringkan kulit
  • memberi kelembapan
  • mempunyai pH 4-7

Antara sifat pencuci muka yang tidak bagus adalah:

  • memberi iritasi
  • mengeringkan kulit
  • memberi rasa tegang sebaik sahaja selesai mencuci muka
  • mempunyai pH 2.5 ke bawah dan pH 8 ke atas.

Cadangan produk:

CeraVe Foaming Facial Cleanser.

  • Harga: 87ml – Rm35 (mempunyai pelbagai jenis saiz)
  • pH: 5.5
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Berminyak/ Kombinasi ke arah berminyak/ Sensitif

Produk ini hanya boleh didapati secara online dan juga farmasi-farmasi tertentu.

Produk Skincare Untuk Jerawat Pasir (Comedonal Acne)

 

 

Innisfree Blueberry Rebalancing 5.5 Cleanser.

  • Harga: RM19.00 (berbeza mengikut online store)
  • pH: 5.5
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Berminyak/ Sensitif

Pencuci muka ini hanya boleh dibeli secara online.

Produk Skincare Untuk Jerawat Pasir (Comedonal Acne)

 

Simple Refreshing Facial Wash.

  • Harga: RM19.38
  • pH: 5.5
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Berminyak/ Kombinasi / Kering

Produk ini boleh didapati di Watson, Guardian dan juga secara online.

Produk Skincare Untuk Jerawat Pasir (Comedonal Acne)

 

Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash.

  • Harga: RM23.85
  • pH: 5.5
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Kering/ Berminyak/ Kombinasi

Produk ini boleh didapati di Watson, Guardian dan juga secara online.

Produk Skincare Untuk Jerawat Pasir (Comedonal Acne)

 


Exfoliating Toner

Secara umumnya, sebarang produk yang mengandungi AHA & BHA bukan untuk dipakai harian kerana ia bersifat exfoliating.

Jadi sama ada ia adalah pencuci muka, toner, serum atau pelembap, jika ia mempunyai bahan exfoliating seperti AHA/BHA/PHA/enzyme buah-buahan, maka pada peringkat permulaan, dicadangkan untuk dipakai 2-3 kali seminggu sahaja dahulu.

Tetapi apabila sudah biasa dan serasi dengan kulit, boleh tingkatkan kekerapan penggunaan seperti mana yang dicadangkan pada arahan atau label produk.

PENTING: Untuk peringkat permulaan saya galakkan pakai exfoliating toner pada sebelah malam sahaja dahulu dan wajib pakai pelindung suria pada siang hari apabila pakai bahan bersifat asid di dalam produk anda.

Cadangan produk:

Eucerin Pro Acne Toner Solution

  • Harga: RM44.00
  • AHA: 2 % Lactic Acid
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Berminyak/ Kering/ Kombinasi/ Sensitif

Produk ini boleh didapati di Watson, Guardian dan juga secara online.

Produk Skincare Untuk Jerawat Pasir (Comedonal Acne)

 

AHA.BHA.PHA 30 days Miracle Toner by SomeByMi

  • Harga: RM36.00
  • AHA/BHA/PHA
  • Sesuai untuk kulit: Berminyak/ Kombinasi ke arah berminyak

Produk boleh dibeli secara online.

Produk Skincare Untuk Jerawat Pasir (Comedonal Acne)

 

 

Benton Aloe BHA Skin Toner

  • Harga: RM39.90
  • BHA: 0.5% Salicylic Acid
  • Sesuai untuk kulit: Berminyak/ Kering/ Kombinasi/ Sensitif

Produk boleh dibeli secara online.

Produk Skincare Untuk Jerawat Pasir (Comedonal Acne)

 


Pelembap

Pelembap adalah perkara paling penting di dalam rutin harian penjagaan. Mengekalkan kelembapan wajah adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah minyak berlebihan atau kulit menjadi kering.

Kalenjar minyak menghasilkan sebum (minyak) pada wajah kerana ia ingin memberi / mengekalkan kelembapan kulit. Jadi, untuk kulit berminyak, minyak yang berlebihan akan menjadi punca kepada pertumbuhan jerawat, blackhead dan whitehead.

Bagi kulit kering pula, kalenjar minyak anda tidak seaktif kulit berminyak, malahan ia sangat sukar menghasilkan minyak sehingga kulit terlalu kering dan tidak dapat kelembapan yang sepatutnya. Inilah yang menjadi punca kepada kulit kering dan seterusnya menyebabkan iritasi dan masalah kulit yang lain.

Cadangan Produk:

IUNIK Centella Calming Gel Cream

  • Harga: RM33.90
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Berminyak/ Kombinasi ke arah berminyak/ Sensitif

Produk ini boleh dibeli secara online:

 

Produk Skincare Untuk Jerawat Pasir (Comedonal Acne)

 

A’PIEU Medacassoside Cream

  • Harga: RM26.00 (50ml)
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Kering/ Kombinasi ke arah kering/ Sensitif

Produk ini boleh dibeli secara online:

Nota: Produk ini juga terdapat versi gel cream jadi berhati-hati supaya tidak tersalah beli kerana kandungan bahannya berbeza.

Produk Skincare Untuk Jerawat Pasir (Comedonal Acne)

Hada Labo Hydrating Water Gel

  • Harga: RM51.24
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Berminyak / Kombinasi ke arah berminyak

Produk ini boleh didapati di Watson, Guardian dan juga secara online.

Produk Skincare Untuk Jerawat Pasir (Comedonal Acne)

 


Pelindung Suria (Sunscreen)

Pelindung suria? Wajib ke pakai? Tak perlu pakai kalau tidak sayang kulit! Tetapi kalau anda tahu tentang kepentingan pelindung suria, pasti anda tidak berani tinggalkan pelindung suria dalam rutin harian!

Pelindung suria memang agak sukar untuk dicari mengikut kesesuaian kulit apatah lagi jika anda memiliki kulit sensitif. Bagi saya, tiada cara lain selain membeli pelindung suria mengikut jenis kulit, pakai dan lihat reaksi kulit terhadap pelindung suria tersebut.

Sangat banyak manfaat memakai pelindung suria ini, tetapi 3 perkara ini cukup untuk saya gambarkan betapa pentingnya pelindung matahari.

3 kepentingan tersebut adalah:

  • Mencegah penuaan pra matang
  • Mengelakkan munculnya jeragat
  • Mengurangkan risiko kanser kulit

Jadi, sudahkah anda memakai pelindung suria?

Cadangan Produk:

Biore UV Perfect Face Milk

  • Harga: RM27.16
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Berminyak/ Kombinasi ke arah berminyak/ Sensitif

Produk ini boleh didapati di Watson, Guardian dan juga secara online.

 

Produk Skincare Untuk Jerawat Pasir (Comedonal Acne)

 

MISSHA Essence Sun Milk SPF50+/PA+++

  • Harga: RM99
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Kering/ Kombinasi ke arah kering/ Sensitif

Produk ini boleh dibeli secara online.

 

 

Produk Skincare Untuk Jerawat Pasir (Comedonal Acne)

 

MISSHA Aqua Sun Gel SPF50+/PA++++

  • Harga: RM59.00
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Berminyak / Kombinasi ke arah berminyak/ Sensitif

Produk ini boleh dibeli secara online.

Produk Skincare Untuk Jerawat Pasir (Comedonal Acne)

 

Hada Labo Perfect UV Gel SPF50+ PA++

  • Harga: RM43.06 (50g, di dalam tube) / RM69.78 (90g, di dalam jar)
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Kering / Kombinasi ke arah kering/ Sensitif

Produk ini boleh didapati di Watson, Guardian dan juga secara online.

Produk Skincare Untuk Jerawat Pasir (Comedonal Acne)

Produk Skincare Untuk Jerawat Pasir (Comedonal Acne)

 

Terima kasih kerana membaca dan semoga membantu!