Apa itu serum muka?

Serum adalah produk kategori rawatan yang digunakan selepas essence dan sebelum menggunakan pelembap/moisturizer. Ramai di antara glowweguys dan glowwegirls yang bertanya tentang apa produk serum terbaik yang boleh didapati di Watson, Guardian, dan drugstore lainnya. Pertanyaan lain yang juga ditanyakan adalah apakah serum murah dan berkesan di Malaysia dengan harga mampu milik? Karena itu admin kongsikan di post ini.

Fungsi dan kegunaan serum.

Serum berfungsi untuk merawat masalah kulit yang spesifik kerana ia mengandungi bahan aktif yang berkepekatan tinggi dan mempunyai saiz molekul yang lebih kecil agar mudah diserap dan memberi kesan kepada kulit.

Tekstur dan harga serum.

Tekstur serum kebiasaannya adalah di dalam bentuk cecair tetapi turut bergantung kepada fungsi dan jenama yang menghasilkan produk serum tersebut. Berbanding produk lain, serum dikategorikan sebagai produk yang agak mahal kerana sifat bahannya yang berkepekatan tinggi, stabil dan ‘kuat’.

Tetapi, jangan khuatir, masih ada serum yang mampu dimiliki oleh semua dan saya percaya keberkesanan produk ini adalah setaraf dengan serum yang lebih mahal tetapi mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menunjukkan kesan positif berbanding serum berjenama mahal.

Kunci kecantikan adalah sabar dan konsisten! Berikut adalah cadangan serum daripada saya.

 

IUNIK Black Snail Restore Serum

  • 50 ml
  • Bahan aktif: Snail Secretion Filtrate (70%), Niacinamide, Centella Asiatica
  • Fungsi: Untuk merawat parut, mencerahkan wajah, melembapkan wajah dan mengurangkan garis halus.
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Berminyak/ Kombinasi ke arah berminyak/ Sensitif
  • Tekstur: Ringan dan cepat serap.
  • Harga: RM39.90

6 Serum Terbaik dan Murah di Drugstore Malaysia

 

IUNIK Tea Tree Relief Serum

  • 50 ml
  • Bahan aktif: 67% Tea Tree, 19.5% Centella Asiatica
  • Fungsi: Untuk melegakan radang kulit, melegakan kulit berjerawat, melembapkan wajah dan mengurangkan garis halus.
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Berminyak/ Kombinasi ke arah berminyak/ Berjerawat dan sensitif
  • Tekstur: Ringan dan cepat serap.
  • Harga: RM38.00

6 Serum Terbaik dan Murah di Drugstore Malaysia

 

 

IUNIK Beta Glucan Power Moisture Serum

  • 50 ml
  • Bahan aktif: Beta-Glucan
  • Fungsi: Untuk melembapkan dan mencerahkan wajah.
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Kering/ Kombinasi ke arah kering/ Sensitif
  • Tekstur: Ringan dan cepat serap.
  • Harga: RM43.60

6 Serum Terbaik dan Murah di Drugstore Malaysia

 

It’s Skin Power 10 Formula VC Effector

  • 30/ 60 ml
  • Bahan aktif: Vitamin C, Ekstrak Green Tea, Castor Oil
  • Fungsi: Untuk merawat parut, memudarkan bintik hitam (jeragat), mencerahkan wajah dan melembapkan kulit
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Kering/ Kombinasi ke arah kering/ Sensitif
  • Tekstur: Ringan dan cepat serap.
  • Harga: RM30.00 (30ml)/ RM49.00 (60ml)

6 Serum Terbaik dan Murah di Drugstore Malaysia

 

 

Garnier Light Complete Vitamin C Booster Serum

  • 30 ml
  • Bahan aktif: Vitamin C, Niacinamide, Vitamin E dan Salicylic Acid
  • Fungsi: Untuk merawat parut, memudarkan bintik hitam (jeragat), mencerahkan wajah melembapkan kulit dan mengawal minyak pada wajah.
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Berminyak/ Kering/ Kombinasi
  • Tekstur: Ringan dan cepat serap.
  • Harga: RM24.00

6 Serum Terbaik dan Murah di Drugstore Malaysia

 

 

Tiam Vita B3 Source Serum

  • 40 ml
  • Bahan aktif: 10% Niacinamide 10%, 2% Alpha Arbutin
  • Fungsi: Untuk merawat parut, memudarkan bintik hitam (jeragat), menyekatakan tona kulit, melembapkan kulit, mengawal minyak pada wajah dan menganjalkan kulit wajah
  • Sesuai untuk kulit: Normal/ Berminyak/ Kering/ Kombinasi/ Sensitif
  • Tekstur: Pekat (likat)
  • Harga: RM41.90

6 Serum Terbaik dan Murah di Drugstore Malaysia