Apakah perbezaan Essence dan Serum?

▶️ Apa itu essence? Adakah essence berbeza dengan serum?

Essence paling terkenal ialah SK-II Facial Treatment Essence. Harga sebotol ialah sekitar RM250.00 untuk 75ml. 🤭

• Adalah dipercayai bahawa essence adalah produk penjagaan kulit yang berasal daripada Asia terutama Jepun dan Korea.

• Fungsi utama essence ialah melembap sambil merawat masalah umum kulit seperti kekeringan, tekstur kasar dan kusam, garis halus yang ringan.

• Biasanya jumlah bahan aktif di dalam essence adalah kurang berbanding bahan aktif di dalam serum.

• Bahan aktif inilah yang menjalankan fungsi merawat masalah kulit.

• Disebabkan bahan aktif di dalam essence tidak setinggi serum, maka kesan baiknya kepada kulit adalah terhad kepada masalah kulit yang biasa-biasa sahaja.

• Sebagai contoh, jika kulit mengalami masalah tona warna kulit tidak sekata yang sedikit sahaja, memadai menggunakan essence dengan bahan aktif yang boleh mencerah seperti vitamin c.

• Namun jika masalah tona warna kulit tidak sekata itu agak serius dan banyak seperti pigmentasi, maka ada keperluan untuk mempertimbangkan penggunaan serum kerana serum ada peratus bahan aktif lebih tinggi.

▶️ Perlu pakai essence atau serum?

• Jika masalah kulit ringan-ringan sahaja, boleh pakai essence.

• Jika masalah kulit adalah spesifik dan lebih serius serta mahu mendapat kesan baik lebih segera, boleh pakai serum.

▶️ Boleh pakai kedua-duanya sekali?

• Boleh! Dengan syarat elak pilih essence dan serum dengan fungsi yang sama. Khuatir bahan aktif yang diletakkan pada kulit menjadi berlebihan (overdose). Kulit juga boleh alami iritasi jika terlebih terima bahan aktif.

• Saya mencadangkan pilih essence bersifat melembapkan (hydrating and moisturizing) dan pilih serum sesuai dengan masalah kulit yang mahu diatasi.

• Essence dengan sifat melembapkan juga boleh bantu meningkatkan kadar serapan serum apabila dipakai bersama.

▶️ Jika tiada essence, pakai serum sahaja boleh?

• Boleh! Pilih serum yang bersifat lembut pada kulit.

 

Terima Kasih, Semoga Bermanfaat buat cikpuan semua!😊