Sejak semalam, saya lihat banyak rakan/page FB menyiarkan gambar beg tangan yang SANGAT besar berbentuk gelung ini. Jelas dari labelnya ianya keluaran Chanel.
Nama beg ini Hula Hoop Bag, direka oleh Karl Lagerfeld, seorang pereka fesyen terkenal dari Jerman yang kini merupakan Creative Director untuk Chanel, Fendi dan pelbagai jenama fesyen mewah yang lain.
Beg ini dikeluarkan pada awal tahun 2013 sebagai pelengkap fesyen musim bunga (Spring Collection). Sudah agak lama ya, baru viral dua tiga hari yang lalu di Malaysia.
Semasa di pentas peragaan, hula hoop beg yang besar itulah yang dipakai oleh model. Cukup menangkap mata penonton dan media yang hadir!
Menurut Karl Lagerfeld, tujuan asal beliau mencipta beg besar itu ialah untuk dibawa ke pantai, mudah untuk diisi tuala dan barang lain. Malah pemegang melengkungnya itu boleh dijadikan tempat sidai tuala.
Aduhai Karl, siapalah yang sanggup jadikan beg jenama Chanel sebagai tempat sidai tuala mandi? 🤔😅
Hula hoop bag ini juga dicipta dalam versi mudah bawa, saiz kecil dan sederhana, untuk dipakai pada hari-hari biasa. Selain warna putih, ada juga versi warna hitam, merah, biru, kuning dan kelabu.
Harga hula hoop beg saiz mudah bawa itu ialah sekitar USD2300 seunit. Yang besar itu pastilah JAUH lebih mahal.
NOTA: Saya tidak memiliki beg ini. Minat tengok sahaja.