Masalah biasa yang selalu dialami apabila mencuci pakaian berwarna ialah warna pakaian menjadi luntur. Warna yang pudar akan mengurangkan kualiti pakaian, pakaian menjadi lusuh dan tidak menarik. Berikut kami kongsikan 4 langkah penjagaan yang boleh anda amalkan:
Apabila anda mencuci pakaian berwarna, anda perlu menggunakan detergen khas yang mengandungi bahan yang tidak merosakkan pewarna fabrik. Sekiranya anda menggunakan detergen yang terkandungnya peluntur atau bahan kimia, warna pakaian anda akan cepat luntur. Untuk pelembut pakaian pula, gunakan yang tidak mengandungi bahan pemutih yang akan merosakkan pakaian anda.
Air panas memang berfungsi untuk menanggalkan kotoran pada pakaian anda, tetapi ia juga boleh melunturkan warna pakaian. Anda disarankan untuk menggunakan air sejuk bagi mengekalkan warna pada pakaian anda. Air sejuk juga lebih bersifat mesra alam kerana tidak menggunakan tenaga elektrik.
Sekiranya anda menggunakan sabun secara berlebihan, sisa sabun akan melekat pada fabrik dan warna pakaian akan terhakis. Anda dinasihatkan untuk menggunakan sabun dalam kuantiti yang disarankan sahaja untuk turut mengelakkan pembaziran. Pastikan pakaian anda dibilas dengan baik agar tiada sisa sabun.
Sebelum mencuci pakaian, anda perlu menterbalikkannya supaya bahagian luar yang berwarna berada pada bahagian dalam. Geseran langsung antara pakaian dan dinding mesin basuh dapat dikurangkan.
Kesimpulannya, penjagaan pakaian yang baik membantu dalam mengekalkan kualiti dan ketahanannya. Dengan langkah yang betul, pakaian akan sentiasa kelihatan segar, tahan lama, dan menarik untuk dipakai.
Pemilihan pakaian yang selesa ialah kunci utama untuk bergaya kasual dan santai. Blouse ialah pilihan… Teruskan Membaca
Memilih seluar panjang yang sesuai dengan bentuk badan ialah kunci utama untuk kelihatan kemas, bergaya,… Teruskan Membaca
Inner tudung atau anak tudung ialah salah satu elemen penting dalam pemakaian tudung. Ia berfungsi… Teruskan Membaca
Menukar cadar dan sarung bantal mungkin seperti perkara remeh, tetapi ia memberi impak besar kepada… Teruskan Membaca
Pemakaian skirt kini semakin popular dalam kalangan wanita, baik yang bekerja mahupun suri rumah. Skirt… Teruskan Membaca