Puan Mary

Cara Memilih Kasut Bertumit Yang Betul

Apabila disebut tentang kasut bertumit ini, ramai orang membayangkan bahawa kasut bertumit ini perlu tinggi seperti yang selalu digunakan oleh model.

Sebenarnya, kasut bertumit yang digunakan oleh kita bukanlah kasut yang mempunyai ketinggian seperti mana yang selalu digunakan oleh model.

Oleh itu, dalam artikel kali ini akan dikongsikan kepada anda tentang cara yang betul untuk memilih kasut bertumit.

Kebiasaannya kasut bertumit ini bukanlah digunakan secara harian, tetapi digunakan apabila memakai pakaian tertentu dan lawa untuk majlis atau keraian yang bersesuaian.

Begitu juga dengan situasi formal seperti pergi menghadiri mesyuarat, bertemu dengan client, membuat pembentangan dan lain-lain kebiasaannya akan memilih untuk menggunakan kasut bertumit.

Mungkin ada segelintir sahaja yang tidak memakai kasut bertumit ini disebabkan oleh keadaan kaki tertentu yang tidak mengizinkannya.

Jadi, bagaimana untuk memilih kasut tumit tinggi yang tidak sakit kaki dan selesa apabila dipakai?

Kaki menjadi sakit berpunca daripada:

1. Kawasan hujung tumit kaki

Sakit di kawasan hujung tumit berlaku kerana kaki akan membawa berat keseluruhan badan di bahagian tumit. Oleh itu, kesalahan dalam pemilihan saiz untuk kelebaran tumit itu boleh menyebabkan kesakitan dan menjejaskan anggota badan yang lain.

2. Sakit di bahagian depan hujung jari kaki

Rasa sakit pada hujung jari kaki di bahagian depan kasut berlaku disesbabkan oleh salah memilih saiz kasut menyebabkan kaki rasa sempit akibat potongan kasut yang tidak sesuai dengan potongan kaki anda.

Untuk atasi rasa ketidakselesaan dan rasa sakit memakai kasut bertumit ini, anda mesti mengenal pasti bahagian-bahagian penting pada kasut itu terlebih dahulu.

Bahagian penting pada kasut

1. Bahagian muncung kasut

Bahagian ini penting kerana bahagian hujung kaki akan berada di tempat tersebut. Ia penting untuk anda mengetahui bentuk jari kaki anda seperti lebar, muncung, berisi atau kurus. Kawasan itu dipanggil toe box.

2. Bahagian tumit kasut

Ada banyak kawasan yang perlu anda lihat pada bahagian tumit kasut ini seperti tinggi dan lebar tumit tersebut.

3 jenis muncung kasut (toe box)

a. A-shaped
b. B-shaped
c. C-shaped

Kebiasaannya untuk memastikan anda selesa pada bahagian depan kaki ketika memakai kasut bertumit adalah memilih muncung kasut mengikut saiz kaki.

Jika saiz kasut yang biasa anda gunakan adalah saiz 4,5,6, anda boleh menggunakan muncung tirus (a-shaped) kerana kaki anda kecil dan kasut ini juga memberikan sifat formal.

Seterusnya, jika anda biasa memakai kasut saiz 7,8,9, maka anda sesuai memakai jenis muncung kasut b-shaped iaitu kasut yang mempunyai muncung yang rata. Jenis muncung rata ini tidak digemari ramai kerana muncungnya tidak begitu cantik dan sukar untuk didapati.

Selain itu, ada pilihan lain yang universal iaitu muncung melengkung (c-shaped). Jenis muncung ini sesuai digunakan untuk semua jenis kaki. Namun, rekaan kasut ini lebih bersifat semi formal atau kasual.

Bahagian tumit kasut

1. Kenal bentuk badan 

Anda perlu kenal bentuk badan sebelum memilih tumit kasut. Perlu tahu sama ada anda seorang yang lebar, berat, tinggi, rendah, ringan, kecil dan sebagainya.

2. Kenal pasti aktiviti yang ingin dilakukan 

Kenal pasti aktiviti yang anda akan lakukan semasa memakai kasut bertumit. Contohnya, perlu lakukan banyak pergerakan, berdiri lama, duduk dan sebagainya. Aktiviti tersebut menentukan ketinggian dan kelebaran tumit kasut.

a. Kasut bertumit tinggi lebih sesuai dipakai untuk individu yang rendah, manakala kasut bertumit yang rendah lebih sesuai dipakai untuk orang yang tinggi.

b. Tujuan kasut bertumit juga adalah untuk memberikan ilusi tinggi. Jadi, elakkan memakai kasut bertumit tinggi jika anda memang sudah tinggi.

Kenal pasti aktiviti yang ingin dilakukan

3. Kelebaran tumit

Anda boleh lihat bahawa ada dua jenis tumit iaitu halus dan lebar. Fungsi kelebaran tumit kasut ini adalah untuk menampung berat badan. Selain itu, anda juga digalakkan untuk memilih kelebaran saiz tumit mengikut berat badan anda.

Semakin lebar tubuh seseorang, semakin lebar saiz tumit kasut yang diperlukan.

Semakin banyak pergerakan yang perlu dilakukan, lebih baik untuk memilih tumit kasut yang lebar.

Diharapkan segala tip yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk mengurangkan rasa sakit apabila memakainya dan menambahkan keselesaan ketika memakai kasut bertumit.

Walau bagaimanapun, terdapat juga faktor lain juga yang perlu dipertimbangkan seperti material kasut, lining dan cara jahitan. Kesemua faktor ini menjadi penyumbang kepada keselesaan apabila memakai kasut bertumit.

Hal ini kerana, bahagian yang dinyatakan tadi akan bergeser dengan kulit kaki anda. Jadi, menjadi keperluan untuk anda memilih kasut yang bersesuaian dengan kulit.

Sewaktu memilih kasut, anda perlu mencuba dahulu dengan pakai dan gunakannya sambil berjalan sama ada kasut itu selesa untuk digunakan ataupun tidak.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan panduan kepada anda tentang cara untuk memilih kasut bertumit yang betul dan selesa dipakai.

Artikel Terkini

Kenapa Self-Care Penting Untuk Mencapai Hidup Yang Seimbang?

Dalam dunia yang serba canggih dan pantas ini, ramai yang sering sibuk dengan tugasan harian… Teruskan Membaca

2 days lepas

Etiket Digital: Cara Menjaga Profesionalisme di Media Sosial

Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Etika Majlis Rasmi: Apa yang Perlu Anda Tahu

Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca

1 month lepas

Trend Baju Oversized: Sesuaikah Dipakai Oleh Wanita Rendah?

Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca

1 month lepas

Kombinasi Warna Pastel Dan Warna Neutral: Tip Bergaya

Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca

2 months lepas