SALAH CARA PAKAI SERUM?
Sudah beli serum, pakai serum tetapi tidak kelihatan kesan baiknya pada kulit?
Ramai yang masih tertanya-tanya bila nak pakai serum?
Waktu bila yang paling ‘mustajab’ untuk pakai serum ? Siang atau malam?
Ini lah common question yang biasa cikpuan semua akan tertanya-tanya.Betul tak?
Jadi, cara penggunaan serum yang salah boleh menjadi puncanya. Ini antara kesalahan biasa dalam penggunaan serum dan saya sertakan pembetulannya.
❌ 1. Serum hanya boleh dipakai sekali sehari dalam kuantiti yang terlalu sedikit.
✔️ Untuk kesan yang lebih baik, gunakan serum sebanyak dua kali sehari sahaja. Satu di waktu siang, satu lagi di waktu malam sebaiknya sebelum tidur.
❌ 2. Tidak perlu memakai pelindung suria setelah menggunakan serum pada waktu siang.
✔️ Serum akan terurai apabila terkena sinar ultra ungu. Pastikan penggunaan serum selalu diikuti dengan pelembap dan pelindung suria.
❌ 3. Tidak menggunakan toner sebelum menggunakan serum.
✔️ Toner (jenis water-based) membantu serum menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik.
❌ 4. Wajah tidak dibersihkan dengan sempurna sebelum memakai serum.
✔️ Serum mesti dipakai setelah wajah dibersihkan dan disapu toner. Ini akan menjadikan bahan aktif dalam serum menyerap dengan lebih baik ke dalam kulit tanpa dihalang oleh kekotoran atau sel kulit mati.
❌ 5. Tidak menggunakan serum mengikut turutan kepekatan.
✔️ Turutan asal penggunaan serum ialah pencuci muka ➡️ toner ➡️ essence ➡️ SERUM ➡️ pelembap ➡️ pelindung suria. Jika serum lebih cair daripada essence, gunakan serum terlebih dahulu diikuti essence dan produk selanjutnya.
❌ 6. Tidak mengurut dan menggosok serum dengan rata pada kulit.
✔️ Urutan dan gosokan lembut pada wajah setelah menggunakan serum membantu meningkatkan kadar serapan serum ke dalam kulit.
NOTA: Bukan sahaja penting untuk dapatkan serum yang berkualiti dan terbukti bagus, cara guna pun perlu betul dan dipakai dengan konsisten.
Terima kasih kerana membacanya. Semoga bermanfaat buat cikpuan dan rakan-rakan yang lain.
Puan Mary,.kalau serum bar macam mne pulak nk pakai,.bile kene pakai turutan die
Serum dipakai selepas essence. Boleh tonton video ini https://www.youtube.com/watch?v=63YWeryHDJA dan https://www.youtube.com/watch?v=KUnRua76_sA
Puan Mary, boleh ke pakai 2 serum yang berlainan pada hari lain2?
Boleh
Lepas pakai serum beberapa minit boleh tak basuh muka
Contohnya saya pakai pukul 8 pagi serum,lepas pukul 10 mcm tu saya basuh muka dgn air. adakah perlu pakai sekali lagi serum
Pertama sekali, serum tidak perlu dibilas dengan air selepas pakai, kerana ia adalah product leave-on (ditinggalkan pada wajah), tetapi sekiranya anda melakukan aktiviti yang perlu membuatkan wajah dibasuh, maka bolehlah pakai semula selepas cuci muka.
Puan mary, brp lame jangkahayat serum dr MFG date nya..? Sy ada beli yg tertulis 1219, blh guna lg dak?
Jika belum dibuka maksimum 3 tahun daripada tarikh MFG. Jika sudah dibuka mesti lihat label PAO kerana tarikh tamat luput dikira daripada produk tersebut dibuka.
puan mary, kalau tidak menggunakan essence sebelum memakai serum boleh ke ?
Puan Mary serum ni harus di pakai setiap hari ke ?
Ya. Tapi perlu pastikan rutin skincare asas dah konsisten dahulu.
Boleh ke pakai makeup selepas apply serum conth foundation, powder & ext
Boleh
Puan Mary, boleh ke kita memakai 2 serum berlainan (niacinamide + salicylic acid) dalam masa yg sama?
Boleh,cuma untuk serum salicylic acid tidak digalakkan guna setiap hari.
Puan Mary, jika saya ada 2 serum (1-untuk memulihkan jerawat : Eucerine Pro Acne Super Serum) dan (2- untuk memulihkan bekas jerawat dan kesan bintik hitam : Axis Y Correcting Dark Spot Serum), mana yang saya perlu pakai dahulu? Terima kasih
Saya cadangkan untuk Cikpuan menggunakan teknik layering serum seperti di dalam video yang sudah disiarkan https://youtu.be/e9hKjHkH62k. Pastikan guna serum dengan tekstur dari cair ke pekat. Walau bagaimanapun, untuk serum Eucerine Pro Acne tidak digalakkan untuk digunakan setiap hari (2 kali seminggu atau mengikut keperluan). Pastikan buat patch test setiap kali menggunakan produk baru dan produk yang ingin digabungkan.
puan mary , bole ke saya pkai serum selepas cuci muka?
Boleh Cikpuan, tiada masalah. Tetapi, untuk memberikan kesan penyerapan yang lebih baik Cikpuan boleh menggunakan toner terlebih dahulu sebelum menggunakan serum.
Salam sejahtera..Puan Mary sy nk tanya,sy baru saja beli serum The bright yg ada bahan salicylic acid,,niacinamide..sekarang ni masalah sy adalah moisturiser yang sy ada..sy ada dua moisturiser sebenarnya.night moisturiser acnederm Wardah ada bahan salicylic acid dan night moisturiser lightening wardah ada niacinamide..serum tersebut kena guna malam dan selang 2 -3 MLM..so mcmana sy nk gunakan kedua dua moisturiser tu dgn serum..adakah sy masih boleh teruskan pemakaian moisturiser tu.. day moisturiser pula mengandungi vit c..cleanser pula ada salicylic acid juga.. terima kasih
Berikut adalah jawapan kepada soalan yang diajukan oleh Cikpuan.
1. Pastikan lakukan patch test setiap kali gunakan produk baru dan tidak guna sekaligus dalam satu rutin bagi elakkan masalah skin barrier tidak sihat dan kulit menjadi sensitive.
2. Penggunaan pelembap tersebut jika tiada masalah boleh teruskan penggunaan bersama serum kerana kebiasaannya kandungan bahan aktif dalam pelembap tidak potent seperti dalam produk rawatan seperti serum atau esen.
Cuma masih perlu khuatir terutama jika diguna bersama pelembap dengan kandungan salicylic acid, jika rasa kering atau tidak selesa boleh maintain dengan pelembap dengan kandungan niacinamide sahaja.
3. Day moisturizer vit C tiada masalah. Boleh teruskan penggunaan dengan pelindung suria pada siang hari, untuk perlindungan yang lebih baik.
4. Untuk cleanser dengan bahan salicylic acid juga tidak digalakkan daily use walaupun ia adalah produk wash off (tidak tinggal di kulit). Sebaiknya ada satu lagi gentle facewash dan tidak guna dalam rutin sama dengan serum tersebut.
semasa skin peeling boleh ke pakai serum?
PUAN MARY , BERAPA KALI YANG DIBOLEHKAN MENGGUNA SERUM YANG MENGANDUNGI SALICYLIC ACID ?
SEBAB SAYA ADA 2 JENIS SERUM . NIACINAMIDE + ARBUTIN DAN SALICYLIC ACID .
Penggunaan serum yang mengandungi Salicylic Acid adalah sekali atau dua kali sahaja dalam seminggu untuk mengelakkan kekeringan dan iritasi pada kulit jika digunakan terlalu kerap. Saya sarankan untuk guna kedua-dua jenis serum itu secara bergilir-gilir.
puan cam mna cra pakai hexapeptide serum?
cam mna cara pakai serum hexapeptide puan?
Puan Mary, boleh tak cuci muka yang ada serum + moisturizer guna air sahaja (tanpa micellar water / cleanser) untuk solat?? terima kasih
Sebaiknya gunakan micellar water atau cleanser untuk bersihkan permukaan kulit wajah daripada segala kekotoran dan bahan yang boleh menghalang air wuduk tersebut.
Puan mary saya tkde toner dengan pelindung suria bole ke pakai macm tu je
Toner adalah optional tetapi ia bagus digunakan supaya serum yang dipakai menyerap dengan baik pada kulit. Bagi pelindung suria (sunscreen) pula, ia adalah produk penjagaan kulit wajah yang asas. Jadi, ia perlu digunakan selepas memakai serum terutamanya pada waktu siang.
puan mary , boleh kah saya guna 2 serum dalam masa yang sama , serum axis y dengan serum ordinary ?
Cikpuan boleh lihat senarai bahan aktif yang ada di dalam kedua-dua serum tersebut kerana ada bahan-bahan tertentu yang tidak boleh digabungkan dalam 1 rutin yang sama.
Sekiranya kedua-dua serum tersebut mempunyai bahan dan fungsinya yang hampir sama, disarankan guna salah satu serum tersebut sama ada pada rutin sebelah siang atau malam.