Apabila masuk ke tahun baru, pastinya anda sudah menetapkan azam yang ingin dilakukan sepanjang tahun.
Semestinya anda mahu mulakan sesuatu yang baru dan tidak mahu terbawa dengan perkara yang negatif.
Bagi anda yang bekerja, sudah pasti setiap hari kerja akan bertambah dan banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Oleh itu, anda perlu bahagikan masa bekerja dengan bijak supaya tidak berasa burnout disebabkan oleh kerja yang terlalu banyak.
Apa itu burnout?
Istilah burnout sebenarnya sudah lama diperkenalkan sejak tahun 1974 lagi oleh seorang pakar psikologi iaitu Herbert Freudenberger.
Cuma istilah tersebut baru diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai satu sindrom klinikal pada tahun 2019.
Burnout adalah satu keadaan yang menggambarkan keletihan emosi, mental, dan selalunya fizikal yang disebabkan oleh tekanan yang berpanjangan atau berulang-ulang.
Burnout bukanlah satu penyakit tetapi ia telah dimasukkan ke dalam kategori faktor yang mempengaruhi kesihatan atau penyebab untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di dalam 11th Revision of the International Classification of Diseases (ICD-11).
Mengikut klassifikasi oleh ICD-11, burnout terjadi disebabkan oleh tekanan berterusan di tempat kerja yang tidak dapat diuruskan dengan baik. Ia dicirikan oleh tiga dimensi utama iaitu:
Faktor Berlakunya Burnout
Berikut adalah faktor yang anda perlu tahu sekiranya anda mengalami burnout:
Beban kerja berlebihan
Beban kerja yang terlalu banyak, kurang rehat serta tidak melakukan sebarang aktiviti sosial akan menyebabkan fizikal menjadi penat dan lesu.
Hal ini akan menjadi lebih teruk apabila seseorang itu tidak mendapat tidur yang mencukupi disebabkan oleh kerja yang terlalu banyak.
Lakukan kerja di luar bidang, kepakaran atau minat
Apabila anda melakukan kerja yang di luar kepakaran atau secara paksaan tanpa minat yang mendalam, ia boleh menimbulkan tekanan.
Hal Ini kerana seseorang individu tidak dapat mencapai kepuasan dalam bekerja, sentiasa berasa risau tentang mutu kerja serta sering berasa tidak cukup bagus dalam menjalankan tugasan tersebut.
Ia juga akan menimbulkan rasa rendah diri dan sering membuat perbandingan dengan orang lain.
Personaliti
Terdapat beberapa ciri personaliti yang menyebabkan seseorang individu itu cenderung mendapat tekanan dan burnout. Antaranya ialah:
Sekiranya anda ada mengalami faktor-faktor yang dinyatakan di atas, ia menjadi faktor penyumbang kepada burnout. Anda perlu lebih berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga.
Tanda-tanda burnout
Secara umumnya, burnout ini boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
Cara atasi burnout
Kesimpulannya, kita tidak akan terlepas daripada kerja yang banyak setiap hari. Tetapi, kita boleh urus dan bahagikan masa dengan sebaiknya supaya kerja siap dalam tempoh yang ditetapkan.
Mungkin ada individu yang berasa terlampau penat dengan kerja yang sedia ada dan semakin hari semakin bertambah.
Namun, ia boleh diatasi dengan cara seperti ambil cuti berehat atau lakukan aktiviti lain untuk kurangkan rasa burnout itu.
Jika anda dapati ada tanda-tanda burnout berlaku pada diri anda, maka lakukan cara yang disarankan supaya dapat atasi burnout kerja tersebut.
Tidak dinafikan di pasaran ketika ini banyak pilihan warna tudung sehingga rambang mata dan keliru… Teruskan Membaca
Inner tudung atau disebut juga sebagai anak tudung menjadi satu keperluan untuk wanita yang bertudung.… Teruskan Membaca
Saya yakin ramai yang berasa teruja untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini setelah sebulan… Teruskan Membaca
Saya sememangnya mementingkan praktikaliti pakaian raya kerana pada pagi raya kita akan melakukan pelbagai aktiviti… Teruskan Membaca
Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Pastinya ramai yang membuat persiapan awal untuk… Teruskan Membaca