Penjagaan Kulit

Jangan Beli Produk Kecantikan Pre-loved Atau Produk Yang Dijual Setelah Repackaging

Kenapa saya TIDAK galakkan anda beli produk kecantikan pre-loved atau produk yang dijual setelah repackaging?

▪Pada tahun 2015, para saintis di London Metropolitan University menguji lima produk kecantikan termasuk pemerah pipi, bedak asas (foundation) dan lip gloss dan mendapati bahawa kosmetik terpakai (pre-loved cosmetics) mengandungi tahap bakteria yang boleh menyebabkan masalah kesihatan serius dan kematian.

▪Kajian ini dijalankan susulan wujudnya aktiviti menjual produk kecantikan terpakai (yang tidak serasi dengan pengguna asal) kepada pengguna lain yang berminat dengan harga yang lebih rendah.

▪Pengguna asal akan mendapat sejumlah wang untuk produk kecantikan yang mereka tidak lagi pakai dan pengguna seterusnya pula mendapat barang yang mereka teringin mahu pakai pada harga yang lebih murah.

▪Sekali pandang, aktiviti begini nampak normal, malah bagus kerana mengelakkan pembaziran dan menguntungkan kedua-dua pihak iaitu penjual (pengguna asal) dan pembeli.

▪Sebaliknya, ada sudut pandang lain yang wajar dipertimbangkan.

▪Selain tarikh luput (expiry dates), produk kecantikan mempunyai sesuatu yang disebut PAO (Period After Opening) iaitu tempoh selepas pembukaan. PAO memberitahu pengguna tempoh ketahanan dan kualiti produk tersebut setelah ia dibuka.

▪PAO ini sangat penting kerana produk kecantikan yang terbuka akan terdedah kepada kelembapan, bakteria, suhu dan faktor persekitaran lain.

▪ Pendedahan kepada semua faktor ini mempercepatkan penurunan ketahanan produk terhadap mikrob dan kulat serta menjejaskan kualiti produk.

▪ Malah poduk yang dilabel “preservative-free” lebih mudah rosak apabila terdedah kepada faktor begini.

▪Pengguna yang membeli produk terpakai tidak mengetahui cara produk tersebut disimpan dan digunakan sebelum tiba ke tangannya.

▪Ada kemungkinan ia tidak disimpan dengan baik atau digunakan dengan cara yang salah sehingga wujud risiko kerosakan produk.

▪Apatah lagi produk yang dijual secara repackaging. Proses pembungkusan semula produk berpotensi besar mendedahkan bahan dalam produk tersebut kepada pelbagai jenis pencemaran.

▪Lebih teruk lagi jika individu yang melakukan repackaging tidak terlatih secara profesional untuk melakukan aktiviti repacking.

▪Ada kemungkinan yang besar invididu ini tidak mempunyai peralatan yang betul dan tidak melakukan repackaging dalam keadaan selamat dan bersih (sanitized).

▪Para saintis di London Metropolitan University mahu membuktikan perkara ini lalu mendapatkan produk kecantikan terpakai untuk diuji.

▪Berikut adalah antara jenis-jenis bakteria yang ditemui:

  • 🔴 Enterococcus faecalis – bakteria penyebab meningitis iaitu keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang
  • 🔴 Staphlyoccocus epidermidis – bakteria yang tahan terhadap antibiotik
  • 🔴 Propionibacterium – bakteria penyebab utama jerawat dan keadaan kulit yang lain
  • 🔴 Enterobacter – bakteria menyebabkan jangkitan saluran kencing dan pernafasan

▪Gambar berikut menunjukkan dapatan kajian ini.

▪Walaupun kajian ini melibatkan produk solekan, ada yang sudah melepasi tarikh luput dan ada yang masih tidak melepasi tarikh luput, ia masih dapat memberikan pengajaran yang baik untuk pengguna produk kecantikan terutama yang gemar membeli pre-loved products dan repackaged products.

▪Saya berpesan agar anda berhati-hati. Jika mahu beli pre-loved products dan repackaged products ini, anda perlu sedar risiko yang datang bersamanya.

NOTA: Pernah ada yang bertanya saya, boleh tak saya pakai set alat solek hantaran perkahwinan saya 5 tahun dahulu tapi tak pernah dibuka langsung? Anda fikir apakah jawapan untuk soalan begini?

SUMBER:
▪ https://www.dailymail.co.uk/femail/article-3214737/There-s-no-way-knowing-fungus-bacteria-left-Medical-expert-slams-bizarre-website-buys-USED-make-beauty-lovers-selling-on.html
▪ https://www.elle.com/beauty/makeup-skin-care/a28785830/buying-used-secondhand-makeup-risks
▪ https://www.beauteschool.com/news/old-make-up-found-to-contain-meningitis-bacteria

Lihat Komen

  • Assalamualaikum, saya nak bertanya , untuk lelaki yang memakai sunscreen , adakah tidak mencukupi, utk memakai semata-mata makeup remover wipes untuk membersihkan sunscreen, sebelum mengambil wuduk ?

Share

Artikel Terkini

Kenapa Self-Care Penting Untuk Mencapai Hidup Yang Seimbang?

Dalam dunia yang serba canggih dan pantas ini, ramai yang sering sibuk dengan tugasan harian… Teruskan Membaca

22 hours lepas

Etiket Digital: Cara Menjaga Profesionalisme di Media Sosial

Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Etika Majlis Rasmi: Apa yang Perlu Anda Tahu

Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca

1 month lepas

Trend Baju Oversized: Sesuaikah Dipakai Oleh Wanita Rendah?

Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca

1 month lepas

Kombinasi Warna Pastel Dan Warna Neutral: Tip Bergaya

Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca

2 months lepas