Masalah Kulit

Biji Kolesterol Berbeza Dengan Milia

Sepanjang saya melaksanakan kelas penjagaan kulit, ramai yang panggil biji-biji kecil putih yang ada pada kawasan sekitar matanya sebagai biji kolesterol.

Tidak tepat. Ia sebenarnya milia. Biji kolesterol berbeza rupanya dengan milia.

Biji kolesterol biasanya rata dan mempunyai lembut. Ia mempunyai bentuk yang tidak tetap dan bahagian tepi yang jelas.

Ia juga biasanya mempunyai warna yang kekuningan dan boleh ada pada seluruh tubuh.

Hanya orang yang ada tahap kolesterol tinggi mempunyai biji kolesterol.

Milia pula ialah biji-biji kecil dengan saiz sekitar 1-2 milimeter sahaja. Ia sebenarnya ialah keratin (sejenis protein kulit) yang terperangkap di bawah kulit.

Milia cenderung ada pada kawasan wajah sahaja. Dan biasanya ia berpunca daripada:

  • pendedahan kepada cahaya matahari dan kulit tak dilindungi
  • jarang atau tidak lakukan exfoliation
  • pakai produk penjagaan kulit atau kosmetik yang terlalu tebal teksturnya sehingga sukar diserap kulit

Mengenal perbezaan keduanya penting terutama jika mahu dapatkan rawatan atau beli produk. Salah sebut, ada risiko boleh dapat salah produk.

Malah ada risiko boleh ditipu oleh segelintir penjual produk yang tidak bertanggungjawab.

Share

Artikel Terkini

Cara Memilih Blouse Untuk Ke Tempat Kerja

Blouse merupakan salah satu pilihan pakaian yang sering digayakan untuk ke tempat kerja, sama ada… Teruskan Membaca

1 month lepas

Cara Yang Betul Pilih Beg Tangan

Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Memakai Warna Merah

Warna merah sering dikaitkan dengan sifat terang, cerah dan mampu menarik perhatian. Dengan pemilihan tona… Teruskan Membaca

2 months lepas

Cara Penjagaan Kasut

Penjagaan kasut yang jarang dipakai atau hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu sering kali diabaikan, namun… Teruskan Membaca

3 months lepas

Tip Pilih Pakaian Untuk Wanita Rendah

Wanita yang berbadan rendah sering menghadapi cabaran dalam memilih pakaian yang sesuai agar kelihatan lebih… Teruskan Membaca

4 months lepas