glowwe

Bolehkah Kulit Imun Dengan Produk Skincare?

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana produk sangat berkesan pada awal penggunaan, tetapi lama kelamaan ia sudah tidak lagi berkesan dengan keadaan kulit?
Perkara ini membawa kepada persoalan adakah kulit boleh menjadi imun dengan penggunaan produk? Maka produk tersebut tidak lagi berkesan kepada kulit.
Jawapan kepada persoalan ini adalah TIDAK BENAR.
Perkara ini adalah mitos sahaja. Kulit tidak akan membina rintangan atau imun terhadap sebarang bahan penjagaan kulit tetapi sebaliknya kulit boleh membina toleransi terhadap sesetengah kesan sampingan bahan seperti retinol.
Jadi apakah sebenarnya yang berlaku? Kenapa produk sudah tidak memberikan kesan?
Ada 4 sebab menyebabkan keadaan ini berlaku.
1) Skin Plateau
Skin plateau ialah keadaan di mana kulit anda sudah mencapai tahap maksimum
keberkesanan produk dan perubahan kepada kulit adalah mendatar, minima dan hampir
tidak kelihatan.
Sebagai contoh anda menggunakan produk pencerahan. Pada awal penggunaan anda dapat melihat keberkesanan produk tersebut memudarkan hiperpigmentasi tetapi apabila kulit sudah mencapai tona semulajadi pigmen kulit, ia tidak boleh berterusan melakukan perubahan warna kepada kulit.
Maka pada saat ini kulit anda mengalami plateau iaitu perubahan yang mendatar. Produk tersebut tidak lagi melakukan perubahan kerana sudah mencapai tahap keberkesanan maksimum terhadap masalah kulit yang dihadapi. Perkara ini boleh berlaku kepada semua jenis produk termasuklah pelembap dan
sebagainya.
2) Anda menggunakan gabungan produk yang salah
Semak semula gabungan atau penggunaan produk anda, besar kemungkinan anda
menggunakan bahan yang tidak boleh digunakan bersama menyebabkan bahan-bahan ini
tidak boleh memberi kesan kepada kulit.
3) Cuaca dan keadaan persekitaran yang sentiasa berubah.
Cuaca dan persekitaran berubah-ubah boleh menjadikan keadaan kulit anda turut berubah.
Menggunakan produk yang salah dan tidak sesuai boleh memberi kesan kepada skin
plateau.
4) Cara penyimpanan produk
Anda mungkin perlu semak semula cara penyimpanan produk. Produk tidak disarankan
untuk diletakkan di dalam bilik mandi kerana suhu yang tinggi. Produk memiliki pH tertentu untuk ia memberikan kesan kepada kulit. Sekiranya pH ini terganggu, maka keberkesanan
boleh menjadi kurang.
Sentiasa simpan produk jauh daripada matahari, di dalam suhu bilik dan tempat yang kering untuk mengelakkan produk anda hilang keberkesanan.
Kesimpulannya, kulit tidak akan mengalami imun terhadap produk. Perkara seperti keadaan kulit, keperluan, cuaca, persekitaran dan gaya hidup memberi kesan terhadap keberkesanan produk kepada kulit. Anda dicadangkan untuk menukar produk mengikut keperluan kulit.

Lihat Komen

  • Assalamualaikum. Puan nak tanya produk some by me halal atau tidak bagi kaum muslim. Muka saya berminyak dan mempunyai jerawat pasir.. Saya dah mencuba cleanser ii lain sebelum ni tapi tak berkesan sangat jadi sebelum saya nk cuba pencuci muka some by me ni saya kena pastikan halal atau tidak. Saya ada menonton youtube puan saya suka dengar perkongsian dari puan. Puan kata klau jerawat pasir ni selalunya dari muka yg berminyak.. Jadi saya cuba cari produk yg mengandungi AHA dan BHA pastu saya terjumpa produk some by me ni dy ada AHA, BHA dan PHA.. Saya harap puan dapat berkongsi ilmu dengan saya. Terima kasih puan.Saya berusia 15 tahun jadi sesuaikah kalau saya memakai pencuci muka some by me miracle 30 days acne ni ?

    • Waalaikumussalam, jika ada keraguan, boleh e-mel brand tersebut dan ajukan keraguan, kebiasaannya brand akan menjawab dengan telus.

      Selain itu, boleh cuba research mengenai produk yang dilabel cruelty free dan juga vegan.

      Cruelty free adalah produk yang bebas daripada menjalankan ujian ke atas haiwan manakala vegan adalah produk yang bebas daripada bahan berasaskan haiwan dan tidak menjalankan ujian ke atas haiwan.

      Banyak brand yang sudah menghasilkan produk cruelty free dan juga vegan.

Share

Artikel Terkini

Warna Tudung Yang Wanita Wajib Ada

Tidak dinafikan di pasaran ketika ini banyak pilihan warna tudung sehingga rambang mata dan keliru… Teruskan Membaca

1 week lepas

Jenis-Jenis Inner Tudung Yang Wanita Perlu Tahu

Inner tudung atau disebut juga sebagai anak tudung menjadi satu keperluan untuk wanita yang bertudung.… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Etika Beraya

Saya yakin  ramai yang berasa teruja untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini setelah sebulan… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

7 Ciri-Ciri Asas Baju Raya Yang Baik

Saya sememangnya mementingkan praktikaliti pakaian raya kerana pada pagi raya kita akan melakukan pelbagai aktiviti… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Padanan Warna Baju dan Tudung Raya 2024

Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Pastinya ramai yang membuat persiapan awal untuk… Teruskan Membaca

1 month lepas