Inner tudung atau disebut juga sebagai anak tudung menjadi satu keperluan untuk wanita yang bertudung.

Pemakaian inner tudung yang sesuai dengan kualiti yang bagus akan membuatkan kepala rasa selesa. Tudung yang dipakai juga akan mudah dibentuk dan kelihatan lebih kemas.

Ada banyak jenis dan pilihan inner tudung yang ada di pasaran ketika ini. Antaranya ialah inner neck, inner snowcap, inner ninja, inner sanggul turki dan sebagainya.

Sebelum bercerita lanjut tentang jenis-jenis inner tudung wanita, saya mahu berikan beberapa tip pemilihan inner tudung.

Tip Pilih Inner Tudung

  • Pilih warna inner tudung yang sesuai dipakai dengan semua warna tudung. Antara warna yang sesuai ialah warna neutral seperi hitam, biru navy, kelabu, putih dan coklat.
  • Pakai inner tudung material cotton kerana ia mamu menyerap peluh dengan baik dan tidak panas.
  • Elakkan pilih inner tudung dengan material lycra atau licin kerana ia akan menyebabkan tudung mudah beralih.
  • Wanita yang mempunyai bentuk wajah lebar dan bulat, elakkan memilih warna anak tudung yang terlalu cerah. Hal ini kerana warna yang cerah boleh menyebabkan wajah nampak berisi.

Pemilihan inner tudung yang betul memainkan peranan yang penting kerana kesilapan memilih inner tudung boleh menyebabkan ketidakselesaan apabila dipakai.

Jenis-Jenis Inner Tudung

Inner tudung wanita ada pelbagai jenis. Tetapi di bawah ini saya kongsikan beberapa jenis inner tudung yang biasa dipakai oleh wanita bertudung.

  1. Inner Tudung Snowcap
  • Inner tudung jenis ini adalah jenis biasa yang selalu digunakan oleh golongan wanita.
  • Sesuai juga dipakai oleh semua golongan sama ada dewasa atau kanak-kanak.
  • Kebiasaannya inner jenis ini menggunakan material cotton dengan koleksi warna yang pelbagai.
  • Terdapat beberapa jenis iaitu bertutup penuh, lubang di bahagian belakang serta jenis bertali yang mudah untuk diikat mengikut saiz kepala.

  1. Inner Tudung Sanggul Turki Lace
  • Inner tudung jenis ini biasanya digunakan oleh wanita yang berambut pendek dan inginkan bentuk sanggul yang terletak elok apabila dipakai.
  • Material inner ini ialah cotton dan mudah serap peluh.
  • Terdapat dua jenis iaitu biasa dan berdagu serta mempunyai lace di bahagian sanggul.
  • Juga mempunyai tali di bahagian belakang supaya mudah diikat megikut saiz kepala.

  1. Inner Tudung Ninja
  • Inner ini direka khas untuk menutupi bahagian dada dan belakang.
  • Sekiranya anda mempunyai tudung yang sedikit jarang, inner jenis ini sesuai untuk dipakai.
  • Inner tudung ninja ini mempunyai pelbagai jenis seperti biasa, berdagu dan bertali.
  • Untuk berikan keselesaan apabila dipakai, pastikan anda memilih material cotton berbanding lycra yang licin dan mudah bergerak.

  1. Inner Tudung Syria
  • Sebelum adanya pelbagai jenis inner tudung, inner jenis ini antara inner tudung yang terkenal dan selalu dipakai.
  • Inner ini berbentuk segi empat dan mempunyai bahagian terbuka di belakang.
  • Sesuai juga dipakai untuk kanak-kanak yang baru mula hendak belajar memakai tudung.
  • Pilih inner tudung dengan material cotton yang lembut supaya mudah serap peluh.

Terdapat banyak jenis inner tudung yang selesa, berkualiti dan mudah didapati. Anda hanya tinggal pilih warna dan jenis yang selesa dan sesuai dengan anda.

Walaupun begitu, pastikan juga anda memilih material inner tudung yang tidak tebal untuk mengelakkan sakit kepala dan telinga apabila dipakai.

Selain itu, inner tudung juga perlulah sentiasa ditukar dan dibasuh agar kekal wangi dan segar.

Antara jenis inner tudung yang saya nyatakan di atas, inner mana satukah yang anda selesa pakai dan apakah sebabnya? Boleh kongsikan jawapan anda di ruangan komen.