Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Pastinya ramai yang membuat persiapan awal untuk menyambut hari raya.

Antara persiapan awal untuk menyamput hari raya ialah membeli baju raya yang baru.

Namun, ada juga yang memakai baju raya tahun sebelumnya untuk elakkan pembaziran.

Walau apa jua pakaian yang dipakai, sama ada baju baru atau lama, kebersihan dan kekemasan diri adalah perkara penting.

Jika anda sudah membeli baju raya atau tidak ada idea untuk beli warna apa tahun ini, saya berikan cadangan suai padan warna baju raya untuk anda di bawah.

Olive Green

  • Warna Olive Green antara warna yang menjadi pilihan ramai untuk raya tahun ini. Di bawah ini saya kongsikan padanan warna tudung yang bersesuaian.
  • Jika ada sulaman atau lace pada baju, boleh juga padankan dengan warna yang sama atau hampir sama dengannya.

Padanan Warna Raya 2024

Powder Blue

  • Bagi peminat warna lembut seperti Powder Blue, boleh padankan warna baju dengan tudung seperti di bawah ini.
  • Padanan warna ini pastinya membuatkan anda kelihatan sopan dan ayu.

Padanan Warna Raya 2024

Maroon

  • Setiap tahun warna Maroon juga antara warna yang menjadi pilihan ramai.
  • Anda boleh padankan dengan warna tudung seperti di bawah ini atau padankan dengan warna labuci atau sulaman yang terdapat pada baju.

Padanan Warna Raya 2024

Hazelnut Brown

  • Warna Hazelnut Brown ialah warna coklat cair dan diminati oleh ramai golongan wanita muda.
  • Selain warna yang dicadangkan, anda boleh juga suai padankan dengan warna lain yang bersesuaian.

Padanan Warna Raya 2024

Fuchsia Pink

  • Antara warna yang tular sejak akhir-akhir ini ialah warna Fushcia Pink. Warna ini adalah warna yang terang dan menyerlah.
  • Untuk kelihatan lebih manis dan ayu apabila pakai warna ini, boleh padankan dengan cadangan warna seperti di bawah.

Padanan Warna Raya 2024

Lola Lilac

  • Warna lain yang menjadi pilihan untuk raya kali ini juga adalah warna Lola Lilac.
  • Jika anda ingin serlahkan lagi penampilan anda, boleh padankan dengan tudung warna lebih gelap atau pekat.

Padanan Warna Raya 2024

Sage Green

  • Jika baju raya anda warna Sage Green seperti ini, boleh suai padankan dengan warna seperti cadangan di bawah.
  • Boleh juga ditambah dengan solekan untuk kelihatan segar.

Padanan Warna Raya 2024

Brick Orange

  • Selepas warna ini tular beberapa bulan yang lalu, warna ini telah menjadi pilihan ramai untuk dipakai sewaktu hari raya nanti.
  • Boleh padankan dengan warna seperti di bawah untuk serlahkan lagi penampilan anda di pagi raya.

Padanan Warna Raya 2024

Eggshell Yellow

  • Sekiranya anda pakai warna Eggshell Yellow atau Soft Yellow, boleh padankan dengan cadangan warna yang diberikan.
  • Anda pasti kelihatan lebih ayu dan sopan dengan gabungan warna ini.

Padanan Warna Raya 2024

Royal Blue

  • Adakah tema warna baju raya anda Royal Blue? Jika ya, ini adalah cadangan pilihan padanan warna untuk anda.
  • Apabila anda memakai warna ini, ia kan membuatkan anda kelihatan lebih mahal, eksklusif dan elegan.
  • Padankan juga dengan aksesori yang bersesuaian.

Padanan Warna Raya 2024

Jadi apakah tema baju raya anda tahun ini? Boleh kongsikan jawapan anda pada ruangan komen di bawah ya.

Jika anda ada soalan tentang padanan warna yang lain, boleh juga berikan komen di bawah ini.