Inspirasi

Kelebihan dan Kekurangan Tidak Mempunyai Bridesmaid di Majlis Perkahwinan

Sudah menjadi kebiasaan pasangan yang bakal berkahwin mengambil bridesmaid sebagai pembantu sepanjang majlis perkahwinan.

Mengupah atau mengambil bridesmaid tidak menjadi kesalahan tetapi perlu dipertimbangkan segala aspek.

Walaupun ia bukan satu keperluan tetapi ia menjadi semakin popular dalam kalangan pengantin perempuan masa kini.

Mengambil bridesmaid ada kebihan dan ada juga kekurangan yang tersendiri. Namun, itu semua bergantung pada keputusan pasangan pengantin tersebut.

Berikut adalah kelebihan dan kekurangan yang membantu anda untuk menentukan sama ada perlu mengambil bridesmaid ataupun tidak sewaktu majlis anda.

Kelebihan – Cara terbaik untuk menghargai individu yang paling dekat dengan anda

  • Apabila meminta orang yang rapat dengan anda menjadi bridesmaid, ia adalah salah satu cara penghormatan dan penghargaan kepada mereka. Hal ini kerana hanya sebilangan kecil sahaja individu yang anda pilih untuk menjadi bridesmaid.
  • Apabila anda memilih beberapa individu yang rapat dijadikan sebagai bridesmaid, mereka akan merasa lebih dihargai. Hal ini kerana, mereka boleh berada dengan anda semasa hari bermakna tersebut.
  • Pemilihan mereka sebagai bridesmaid melambangkan bahawa setiap daripada mereka memberikan sumbangan untuk membantu melancarkan majlis.

Kekurangan – Memerlukan bajet tambahan dalam majlis 

  • Walaupun ada bridesmaid yang membeli pakaiannya sendiri, tetapi masih ada kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pengantin. Antaranya adalah seperti doorgift bridesmaid, mekap dan lain-lain peralatan yang diperlukan termasuk juga di dalam bajet majlis.
  • Bagi mengurangkan bajet atau kos perbelanjaan perkahwinan anda, tidak mengambil bridesmaid adalah salah satu caranya. Bridesmaid tidak diperlukan sekiranya anda sudah ada beberapa orang dalam kalangan adik beradik yang boleh membantu untuk melancarkan perjalanan majlis.

Kelebihan – Memberi sokogan emosi kepada pengantin

  • Sebagai seorang pengantin terutamanya perempuan, pastinya tidak lari dari perasaan gemuruh, takut dan sebagainya. Namun, perasaan itu semua boleh dikawal dengan bantuan bridesmaid.
  • Bridesmaid juga boleh membantu tenangkan pengantin yang sedang gemuruh dengan memberikan kata-kata semangat, mengajar mengawal emosi supaya dalam keadaan tenang.
  • Apabila pengantin dapat mengawal emosi dan selalu tersenyum, majlis juga akan berjalan dengan lancar.

Kekurangan – Boleh menimbulkan konflik

  • Konflik boleh berlaku dalam kalangan sesama wanita apabila wujudnya salah faham, perbezaan pendapat dan sebagainya.
  • Cepat berlaku konflik apabila anda mengambil bridesmaid dalam kalangan rakan-rakan yang berbeza latar belakang seperti rakan universiti atau sekolah menengah. Kedua-dua kumpulan ini saling tidak mengenali antara satu sama lain, jadi konflik atau salah faham lebih mudah berlaku.
  • Tidak mengambil sebarang bridesmaid adalah lebih baik sekiranya tidak mahu timbul sebarang konflik dalam kalangan bridesmaid yang anda pilih.

Kelebihan – Lebih banyak bantuan

  • Apabila anda mengambil bridesmaid dalam kalangan kenalan rapat, mereka akan membantu anda dalam menguruskan perjalanan sepanjang majlis berlangsung.
  • Mereka juga akan memastikan anda berada fdalam keadaan yang bersedia, kemas serta memastikan anda menjamah sedikit makanan sebelum majlis bermula.
  • Setiap bridesmaid sememangnya mempunyai tugas mereka tersendiri bagi memastikan kelancaran majlis.
  • Bridesmaid juga perlu pastikan barangan peribadi pengantin perempuan dan barang yang diperlukan untuk majlis dipegang dengan elok supaya tidak hilang.

Kekurangan – Tidak menjalankan tugas yang betul sebagai bridesmaid

  • Seperti yang diketahui, bridesmaid yang diambil sememangnya mempunyai tugas dan peranan masing-masing.
  • Apabila bridesmaid yang diambil terlampau ramai, boleh jadi ada yang tidak mahu melakukan tugasnya bagi membantu pengantin. Berkemungkinan juga hanya tolong sekadar ada sahaja.
  • Kadang kala ada juga bridesmaid yang tidak tahu tugasnya dengan jelas. Ada juga sekadar menjadi bridesmaid untuk tujuan bergambar dengan pengantin sahaja.
  • Disebabkan itulah, bridesmaid perlu menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik supaya majlis berjalan lancar dan urusan pengantin juga dipermudah.

Sebagai penutup, untuk mengambil bridesmaid atau tidak, ia adalah keputusan pengantin. Pihak pengantin perlu mengambil kira dari pelbagai aspek sama da perlukan bridesmaid atau tidak.

Sekiranya tidak mahu mengambil bridesmaid, pastikan ada adik beradik atau ahli keluarga yang lain supaya majlis berjalan dengan lancar.

Tetapi, jika pengantin mahu mengambil bridesmaid dalam kalangan rakan-rakan, maka pilihlah bridesmaid yang boleh membantu dan memudahkan urusan anda.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda setuju perlu ambil bridesmaid atau tidak perlu? Boleh kongsikan pandangan anda pada ruangan komen di bawah.

Artikel Terkini

Kenapa Self-Care Penting Untuk Mencapai Hidup Yang Seimbang?

Dalam dunia yang serba canggih dan pantas ini, ramai yang sering sibuk dengan tugasan harian… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Etiket Digital: Cara Menjaga Profesionalisme di Media Sosial

Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca

1 month lepas

Etika Majlis Rasmi: Apa yang Perlu Anda Tahu

Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca

2 months lepas

Trend Baju Oversized: Sesuaikah Dipakai Oleh Wanita Rendah?

Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca

2 months lepas

Kombinasi Warna Pastel Dan Warna Neutral: Tip Bergaya

Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca

2 months lepas