Puan Mary

Pilihan Warna Baju Bridesmaid 2023

Amalan mengambil bridesmaid dalam kalangan pengantin perempuan semakin popular pada masa kini.

Kebiasaannya bridesmaid diambil untuk membantu pengantin perempuan bagi melancarkan perjalanan keseluruhan majlis.

Saya yakin masih ramai pengantin yang ingin mencari padanan warna baju pengantin yang sesuai dengan bridesmaid atau warna tema untuk keluarga kedua-dua belah pihak. Atau juga mencari warna baju yang sesuai bagi pengapit?

Dalam artikel kali ini, saya kongsikan kepada anda semua beberapa pilihan warna baju yang sesuai dipadankan bersama.

Cadangan yang diberikan ini bukan sahaja boleh digunakan oleh bridesmaid, tetapi pengapit atau keluarga pengantin juga boleh pakai warna ini.

Antara warna popular baju pengantin tahun 2023 dan padanan warna yang sesuai adalah seperti berikut:

Warna baju bridesmaid seharusnya melengkapi warna baju pengantin tanpa mengambil alih tumpuan pasangan pengantin.

Di samping itu, warna atau rekaan pakaian yang dipilih oleh bridesmain tidaklah terlalu menyerlah berbanding pengantin.

Bridesmaid juga tidak digalakkan memilih warna baju yang hampir atau seakan sama dengan pengantin kerana ia akan tenggelamkan penampilan pengantin.

Sebaliknya, warna yang sesuai untuk dipakai oleh bridesmaid, pengapit dan lain-lain adalah warna yang kontra dengan baju pengantin.

Jika ada ada soalan berkaitan padanan warna pakaian yang sesuai dengan baju pengantin, boleh tinggalkan pada ruangan komen di bawah.

Lihat Komen

  • Salam puan mary pengantin tema black gold. Family pengantin warna champagne gold sesuai ke puan mary? Dan warna champagne sesuai padanan dengan warna apa untuk tudung?

  • Salam puan, baju sanding saya colour light yellow gold with silver.. bole recommend baju family belah perempuan (tuan rumah) and family lelaki nk pkai colour apa x? Thank you in advance ☺️

    • Waalaikumussalam. Saya cadangkan untuk pilih warna yang kontra dengan baju pengantin seperti warna Dark Blue, Brown atau Olive Green.

  • Hai nk tnye kalau pengantin songket olive green ..family sesuai x pakai light grey xnak nampk pengantin tngelam

    • Sesuai. Antara warna lain yang boleh dipakai juga adalah seperti Nude/Beige, Light Pink atau Light Aqua.

  • Hai, kalau baju pengantin songket ada 2 tone colour pastel blue campur pastel pink. Bridesmaid sesuai warna apa ye?

    • Hai, antara warna yang boleh dipadankan bersama warna Maroon ialah Beige, Nude, Sky Blue, Pastel Pink atau Sage Green.

  • Kalau pengantin songket warna brown warna apa yang sesuai untuk pengapit? Warna sage green sesuai ke?

    • Sesuai. Selain itu, warna lain yang juga sesuai dipakai ialah Grey, Soft Yellow atau Pastel Pink.

  • hai, mau tanya. kalau baju bridesmaid navy dan keluarga taro, warna baju pengantin yang cocok dengan warna navy dan taro apa ya ?

Artikel Terkini

Bagaimana Memilih Corak Bergaris Pada Pakaian

Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca

5 days lepas

Cara Yang Betul Pilih Beg Tangan

Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Jenis – Jenis Gelang Tangan Wanita

Gelang tangan merupakan antara aksesori penting yang disarankan untuk dimiliki oleh setiap wanita sebagai pelengkap… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Tip Memakai Warna Putih

Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca

1 month lepas

Warna Pakaian Ke Temu Duga

Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca

2 months lepas