Amalan mengambil bridesmaid dalam kalangan pengantin perempuan semakin popular pada masa kini.

Kebiasaannya bridesmaid diambil untuk membantu pengantin perempuan bagi melancarkan perjalanan keseluruhan majlis.

Saya yakin masih ramai pengantin yang ingin mencari padanan warna baju pengantin yang sesuai dengan bridesmaid atau warna tema untuk keluarga kedua-dua belah pihak. Atau juga mencari warna baju yang sesuai bagi pengapit?

Dalam artikel kali ini, saya kongsikan kepada anda semua beberapa pilihan warna baju yang sesuai dipadankan bersama.

Cadangan yang diberikan ini bukan sahaja boleh digunakan oleh bridesmaid, tetapi pengapit atau keluarga pengantin juga boleh pakai warna ini.

Antara warna popular baju pengantin tahun 2023 dan padanan warna yang sesuai adalah seperti berikut:

Warna baju bridesmaid seharusnya melengkapi warna baju pengantin tanpa mengambil alih tumpuan pasangan pengantin.

Di samping itu, warna atau rekaan pakaian yang dipilih oleh bridesmain tidaklah terlalu menyerlah berbanding pengantin.

Bridesmaid juga tidak digalakkan memilih warna baju yang hampir atau seakan sama dengan pengantin kerana ia akan tenggelamkan penampilan pengantin.

Sebaliknya, warna yang sesuai untuk dipakai oleh bridesmaid, pengapit dan lain-lain adalah warna yang kontra dengan baju pengantin.

Jika ada ada soalan berkaitan padanan warna pakaian yang sesuai dengan baju pengantin, boleh tinggalkan pada ruangan komen di bawah.