Adakah anda perasan bahawa kesilapan yang ramai orang lakukan tentang pakaian adalah berkaitan dengan kenangan yang ada pada pakaian tersebut.

Apabila anda berpegang pada pakaian itu sesuatu yang istimewa dan mempunyai kenangan dengannya, sukar untuk anda lepaskan pakaian tersebut.

Oleh itu, kali ini akan berkongsi tentang kesalahan yang perlu dielakkan ketika membeli pakaian.

Kesalahan yang dinyatakan di bawah ini perlu dielakkan supaya almari pakaian anda lebih kemas dan teratur.

  1. Menyimpan semua pakaian yang sudah dibeli
  • Sebelum anda memilih untuk membeli pakaian baru, pastikan anda semak semula pakaian yang ada di dalam almari anda.
  • Anda tidak perlu menyimpan semua pakaian yang sudah dibeli tanpa memakainya. Apabila anda membeli tanpa memakainya, ia akan menyempitkan lagi ruang almari pakaian anda.
  • Semak semula almari pakaian anda dan bahagikan pakaian tersebut mengikut kekerapan penggunaannya.
  • Apabila sudah diasingkan, anda boleh pertimbangkan alternatif lain seperti menderma, kitar semula atau jual dengan harga yang lebih rendah.
  • Dengan melakukan cara ini, ia akan menjimatkan ruang pada almari dan anda hanya beli pakaian yang perlu sahaja.

  1. Membeli-belah secara impulsif (tergesa-gesa)
  • Pembelian ini berlaku terutamanya jika ada jualan murah. Anda akan lebih mudah terpedaya untuk membelinya.
  • Kemudian menyedari bahawa item yang sudah dibeli itu tidak sesuai dengan kebanyakan pakaian yang ada di dalam almari anda.
  • Terdapat perbezaan yang besar antara membeli sesuatu barang disebabkan keinginan dan membeli barang kerana harganya yang murah.
  • Tidak salah untuk membeli pakaian dengan harga yang murah. Tetapi masalah lain yang akan timbul adalah anda tidak memakainya dengan kadar yang kerap.
  • Mungkin anda akan memakainya sekali atau dua kali sahaja dan membiarkannya di dalam almari tanpa ada niat untuk ulang pakai.
  • Pembelian pakaian secara tergesa-gesa ini akan membuatkan banyak pembaziran kerana anda membeli tanpa hala tuju yang jelas semasa membelinya.
  • Boleh jadi juga pakaian yang dibeli itu hanya diminati pada waktu tersebut. Tetapi apabila sudah beli dan pakai, anda rasa ia tidak cantik dan sesuai dengan penampilan anda.
  • Hal ini akan menambahkan lagi koleksi pakaian yang tidak digunakan di dalam almari anda.
  • Bagi mengelakkan pembelian secara tergesa-gesa, anda mestilah mengikut bajet yang telah dirancang untuk mengelakkan pembaziran.

  1. Membeli pakaian yang tidak sesuai dengan saiz dan bentuk badan
  • Kesalahan biasa yang selalu orang ramai lakukan ketika membeli pakaian adalah memilih jenis pakaian yang tidak sesuai dengan bentuk badan.
  • Pakaian yang dipakai oleh patung di kedai pakaian tersebut tidak sama dengan saiz badan kita yang sebenar. Jangan mudah terpengaruh kerana pakaian pada patung tersebut tidak semestinya sesuai dengan jenis dan bentuk badan anda.
  • Setiap bentuk badan mempunyai gaya, bentuk dan kombinasi pakaian yang bersesuaian. Jika anda menggunakan teknik yang betul ketika membeli pakaian, maka penampilan anda akan kelihatan lebih kemas dan cantik.
  • Contohnya, wanita yang mempunyai bentuk badan pear tidak sesuai memakai pakaian yang mempunyai banyak perincian di bahagian pinggul. Hal ini erana ia akan menambahkan lagi lebar pada bahagian tersebut.
  • Selain itu, memilih pakaian dengan saiz yang tidak sesuai dengan bentuk badan akan menyebabkan anda tidak selesa. Malahan boleh juga berlaku pembaziran kerana pakaian tersebut tidak dapat dipakai.

Bagi memastikan pakaian yang ada di dalam almari tidak berlebihan dengan pakaian yang tidak dipakai, anda mestilah membelinya dengan bijak.

Pastikan anda membeli sesuatu pakaian itu bersesuaian dengan bajet dan beli mengikut keperluan dan bukannya kehendak.

Bagi mengelakkan pembaziran, anda juga perlu bijak menggayakan pakaian yang dibeli dengan pakaian yang sedia di dalam almari anda.