Penampilan seorang lelaki tidak akan lengkap tanpa memakai jam tangan. A man without a watch is never complete. Pada asalnya, jam tangan dengan rekaan berbeza dicipta untuk tujuan berbeza. Ada rekaan jam tangan lelaki ini sesuai digunakan untuk situasi formal dan ada rekaan yang langsung tidak sesuai digunakan untuk situasi formal. Mari kita berkenalan dengan 5 jenis jam tangan lelaki.
Jam kategori Dress Watch ini adalah jam paling klasik sekali. Reka bentuknya ringkas: permukaan putih dan mempunyai strap/band berwarna hitam yang diperbuat dari kulit (leather), jarum jam jelas dan hanya ada paparan jam, minit, saat dan tarikh sahaja.
Dress watch adalah jam kategori formal maka amat sesuai dipakai dengan pakaian formal.
2. DIVER’S WATCH
Digit pada diver’s watch selalunya mempunyai sifat glow in the dark. Sifat-sifat jam begini amat sesuai untuk suasana kerja seorang penyelam dasar laut.
Diver’s watch sesuai dipakai dengan semua pakaian kecuali baju acara khusus seperti tuksedo.
3. CHRONO WATCH
Nama lain Chrono Watch adalah Sports Watch. Jam ini mempunyai ciri-ciri eksklusif yang menjadikannya tampak canggih seperti kompas, odometer, altimeter dan fungsi lain mengikut pengeluar jam. Jam begini kebiasaannya terasa berat apabila dipakai di tangan.
Jam ini bersifat semi-formal. Maka lebih sesuai dipadankan dengan pakaian semi-formal, bukan pakaian formal.
4. FIELD WATCH
Field Watch mempunyai kaitan sejarah dengan Perang Dunia 1. Jam ini kebiasaannya mempunyai latar gelap dengan warna digit yang cerah. Kontra tinggi bertujuan memudahkan bacaan walaupun dalam keadaan cahaya yang malap.
Tali jam ini diperbuat daripada kanvas atau kulit. Rekaan terawal memperkenalkan hanya warna hijau atau coklat pada tali jam begini. Jam ini ringan, bersaiz sederhana dan tahan lasak.
Secara umumnya, Field Watch lebih sesuai dipakai dengan pakaian kasual.
5. PILOT WATCH
Namanya – Pilot Watch, menggambarkan fungsinya yang dicipta untuk kegunaan juruterbang. Jam tangan ini kebiasaannya mempunyai saiz/diameter yang besar iaitu melebihi 50mm.
Tujuan jam ini direka dengan saiz yang besar adalah untuk memudahkan bacaan dan memastikan ketepatan bacaan.
Ciri-ciri paling menonjol pada jam ini ialah punat yang besar bertujuan memudahkan juruterbang yang sedang memakai sarung tangan (glove) untuk memutar punat tersebut.
Jam tangan ini bersifat semi-formal, lebih sesuai dipadankan dengan penampilan semi-formal.
NOTA BONUS: JAM DIGITAL
Nota tambahan: Jam digital adalah jam kasual. Maka sesuai dipakai dengan pakaian kasual.
Pemilihan pakaian yang selesa ialah kunci utama untuk bergaya kasual dan santai. Blouse ialah pilihan… Teruskan Membaca
Memilih seluar panjang yang sesuai dengan bentuk badan ialah kunci utama untuk kelihatan kemas, bergaya,… Teruskan Membaca
Inner tudung atau anak tudung ialah salah satu elemen penting dalam pemakaian tudung. Ia berfungsi… Teruskan Membaca
Menukar cadar dan sarung bantal mungkin seperti perkara remeh, tetapi ia memberi impak besar kepada… Teruskan Membaca
Pemakaian skirt kini semakin popular dalam kalangan wanita, baik yang bekerja mahupun suri rumah. Skirt… Teruskan Membaca