Ramai di antara wanita yang masih tidak jelas dengan makna pada krim wajah yang ada di pasaran.
AA = Anti-Aging
Krim begini memfokuskan kepada bahan anti penuaan. Formula mengandungi bahan yang mengurangkan kedutan dan garis halus di muka dan kawasan mata.
BB = Beauty Balm, Blemish Balm
Krim ini merupakan kombinasi pelembap, pelindung suria, primer dan sedikit pewarna (tint).
CC = Colour Correcting
Krim ini hampir menyamai BB krim cuma diperhebatkan dengan kandungan yang memberikan kesan warna sekata pada kulit.
DD = Daily Defense, Dynamic Do-All
Krim ini menggabungkan kebaikan AA, BB dan CC dalam satu produk.
EE = Even Effect
Krim ini mengandungi bahan aktif yang tinggi untuk tujuan meratakan tona warna kulit agar mekap kelihatan lebih cantik.
ZZ = Zit Zapper
Krim ini dicipta khusus sebagai foundation untuk kulit berjerawat.
NOTA: Krim dengan nama yang lebih baru tidak bermakna ianya lebih baik. Tentukan keperluan dan jenis kulit sebelum memilih.
Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca
Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca
Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca
Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca
Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca