Hasil mekap yang cantik, ringkas dan kemas adalah wajah asal tanpa diubah namun kelihatan lebih segar, berseri, tidak kusam, tidak lesu dan tidak pucat.

Apabila disebut “mekap”, masih ramai yang cenderung terfikir gaya mekap artis, selebriti, mekap yang sarat sepertimana yang dilihat di kaca TV atau video mekap yang banyak muncul di FB.

Itu bukan satu-satunya cara bermekap.

Ketika saya baru bermula untuk konsisten memakai mekap, saya tumpukan hanya kepada produk berikut setelah saya memakai pelembap:

1) Bedak wajah
2) Lipstik
3) Eyeliner

Ini sahaja. Saya bentuk dahulu tabiat memakai 3 mekap ini sehingga saya menjadi cekap. Cekap pakai dan cekap tanggalkan mekap.

Pada awalnya saya perlukan sehingga 10 minit untuk memakai 3 produk. Setelah konsisten selama sebulan, saya dapati saya hanya perlukan maksimum 3 minit untuk pakai 3 produk. Yeay!

Masuk bulan kedua, saya belajar pula memakai blusher, diikuti maskara (ini pun saya masih jarang pakai sehingga kini) dan eye shadow.

Masuk tahun kedua baru saya mula belajar merapikan kening dengan eyebrow pencil, tanpa cabut, tanpa potong, tanpa cukur.

Sehingga kini, setiap hari saya hanya tumpukan kepada bedak wajah, lipstik, eyeliner, eyebrow pencil.

Tempoh masa untuk pakai 4 produk ini setiap hari termasuk memakai serum, pelembap dan foundation sebelumnya ialah 10 ke 15 minit, maksimum.

Saya tidak ada masalah keluar rumah tanpa mekap. Namun untuk tujuan menampilkan diri yang rapi, segar, presentable dan profesional, saya pilih untuk mengenakan solekan ringkas.

NOTA: Mekap ringkas akan kelihatan lebih rapi apabila kulit sihat dan terjaga. Mulakan dengan menjaga kulit wajah secara konsisten sebelum pakai mekap.

#PuanMary #GuruImej

Share

Artikel Terkini

Cara Penjagaan Kasut

Penjagaan kasut yang jarang dipakai atau hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu sering kali diabaikan, namun… Teruskan Membaca

7 days lepas

Cara Memilih Blouse Untuk Ke Tempat Kerja

Blouse merupakan salah satu pilihan pakaian yang sering digayakan untuk ke tempat kerja, sama ada… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Tip Pilih Pakaian Untuk Wanita Rendah

Wanita yang berbadan rendah sering menghadapi cabaran dalam memilih pakaian yang sesuai agar kelihatan lebih… Teruskan Membaca

1 month lepas

Cara Susun Wardrobe Secara Bijak

Penyusunan wardrobe yang kemas mampu memberikan keselesaan pandangan serta mewujudkan ruang penyimpanan yang lebih teratur.… Teruskan Membaca

2 months lepas

Bagaimana Memilih Corak Bergaris Pada Pakaian

Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca

3 months lepas