Gaya Dan Fesyen

Panduan Padanan Warna Untuk Lelaki

Untuk tujuan profesional, lelaki perlu lebih teliti dalam memadankan warna pakaian dan aksesori yang dipakainya. Saya kongsikan 3 prinsip asas dalam padanan warna untuk lelaki tampil lebih segak dan kemas dalam acara profesional.

Prinsip 1: Warna kasut perlu sentiasa sepadan dengan warna tali pinggang.

  • Apabila memakai kasut berwarna hitam, tali pinggang yang dipakai perlu berwarna hitam.
  • Apabila memakai kasut berwarna perang, tali pinggang yang dipakai perlu berwarna perang.
  • Hanya apabila memakai kasut berwarna biru gelap (navy blue), tali pinggang boleh berwarna hitam.

Prinsip 2: Warna stoking perlu sentiasa sepadan dengan warna seluar.

  • Apabila memakai seluar berwarna hitam, stoking yang dipakai perlu berwarna hitam, atau warna yang sepadan (yang menghampiri warna hitam) seperti kelabu gelap.
  • Apabila memakai seluar berwarna kelabu, stoking yang dipakai perlu berwarna kelabu.
  • Apabila memakai seluar berwarna perang, sama ada gelap atau cerah, stoking yang dipakai perlu berwarna perang dengan tona yang sama.
  • Apabila memakai seluar berwarna biru gelap (navy blue), stoking yang dipakai perlu berwarna yang sama.

Prinsip 3: Stoking putih tidak boleh dipakai dalam acara atau suasana profesional.

  • Stoking putih hanya boleh dipakai dengan kasut kasual seperti kasut sukan, boat shoes, loafers atau sneaker.
  • Elakkan stoking putih dengan memakai kasut formal (nama tepatnya adalah dress shoes).
Share

Artikel Terkini

6 Jenis Singkat Dan Fungsinya

Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca

1 week lepas

Tip Memakai Warna Ungu

Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Tip Pilih Seluar Mengikut Bentuk Badan

Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Tip Mengayakan Warna Maroon

Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca

1 month lepas

Adakah anda tahu bagaimana mahu memulakan perubahan imej?

Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca

2 months lepas