Paras seluar panjang yang boleh dipakai ke tempat kerja atau sesuai untuk suasana profesional perlu mematuhi syarat seperti berikut:

1) Hanya sebahagian daripada bahagian depan kasut yang dipakai dengan seluar tersebut kelihatan. Sebaiknya bahagian depan seluar menutupi kaki apabila berada dalam keadaan berdiri (tidak bergerak).

2) Bahagian hujung sebelah belakang seluar sebaiknya menutupi separuh tumit kasut.

Selain itu, juga perlu perhatikan dan pastikan…

 

SELUAR TIDAK KETAT

Seluar untuk tujuan profesional tidak boleh ketat sehingga menampakkan bentuk kaki, betuk betis, bentuk paha dan seumpamanya.

Perlu ada ruang yang selesa di antara fabrik seluar dan kulit kaki.

 

WARNA YANG BETUL

Seluar panjang formal digalakkan berwarna gelap seperti hitam, perang gelap atau kelabu gelap terutama untuk wanita yang berbadan gempal.

Warna neutral seperti perang muda (seperti gambar) digalakkan untuk wanita berangka kecil.