Alhamdulillah. Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya diberikan kepercayaan sekali lagi untuk mengendalikan bengkel imej untuk isteri-isteri menteri dan timbalan menteri di dalam Kursus Gemilang Sahsiah Isteri Menteri dan Timbalan Menteri.
Saya pernah meletakkan sasaran dan memasang impian bahawa suatu hari nanti, isteri Perdana Menteri akan menjadi peserta program imej kendalian saya.
Allah Maha Mendengar. Impian saya ini dimakbulkan. Bukan sekadar itu, isteri semua menteri dan timbalan menteri menghadiri program imej kendalian saya tempoh hari.
Tun Siti Hasmah adalah peserta yang duduk paling depan sepanjang bengkel berlangsung.
Berbunga hati ini. Tuhan sahaja yang tahu.
Terdapat 44 peserta yang menyertai bengkel ini dan di antaranya adalah:
▪️ Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri
▪️ Puan Betty Chew Gek Cheng, isteri Menteri Kewangan
▪️ Puan Hjh. Normah Alwi, isteri Menteri Pertahanan
▪️ Dr. Hamidah Mat, isteri Menteri Pendidikan
▪️ Datin Seri Shamshida Taharin, isteri Menteri Hal Ehwal Ekonomi
Sepanjang bengkel saya memberi penekanan kepada peserta berkenaan imej yang perlu ditampilkan bersesuaian dengan status mereka sebagai isteri kepada Menteri dan Timbalan Menteri.
Terima kasih Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) atas kepercayaan yang diberikan.
Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca
Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca
Gelang tangan merupakan antara aksesori penting yang disarankan untuk dimiliki oleh setiap wanita sebagai pelengkap… Teruskan Membaca
Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca
Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca