Pemerah pipi adalah kegemaran wanita untuk tampil lebih berseri apatah lagi ketika mengunjungi rumah rakan, berjumpa dengan pelanggan ataupun ke tempat kerja.
Di pasaran luar, terdapat 3 jenis kategori pemerah pipi iaitu serbuk (powder), krim (cream) dan cecair (liquid). Bukan semua jenis pemerah pipi sesuai untuk setiap jenis kulit ya.
Jadi, perkongsian kali ini adalah tip untuk memilih pemerah pipi mengikut jenis kulit.
Untuk pengetahuan, pemerah pipi yang betul mengikut jenis kulit sangat membantu ketahanan ia kekal di wajah!
1) Powder Blush
Powder blush atau pemerah pipi berbentuk serbuk ini adalah kegemaran semua wanita. Ia sesuai digunakan oleh semua jenis kulit, malah sangat digalakkan untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak menggunakan powder blush kerana sifatnya yang lebih tahan lama.
2) Cream Blush
Cream blush atau pemerah pipi berbentuk krim ini adalah penyelamat bagi mereka yang berkulit kering. Untuk individu berkulit berminyak, cream blush ini agak sukar digunakan, tidak dapat melekat dengan baik pada pada permukaan kulit dan mudah kelihatan bercapuk sekiranya tidak memakai dengan cara yang betul.
3) Liquid Cheek Stain
Liquid Cheek Stain adalah sejenis pemerah pipi yang berbentuk cecair. Ia boleh dipakai pada bibir dan pipi menjadi ia satu alat solekan yang sangat menjimatkan masa. Pemerah pipi ini tidak sesuai untuk kulit kering kerana teksturnya sukar untuk diratakan pada kulit kering. Ia lebih sesuai untuk mereka yang berkulit normal dan berminyak. Cara menggunakan liquid cheek stain adalah dengan sapuan menggunakan jari.
Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca
Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca
Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca
Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca
Pemilihan warna tudung merupakan elemen penting dalam gaya pemakaian seorang wanita. Terutamanya bagi wanita yang… Teruskan Membaca