Kategori: Puan Mary

3 Tip Memulakan Momentum Kerja Setelah Bercuti Panjang

Assalamualaikum!

Ada yang sudah mula bekerja? Saya kongsikan 3 tip untuk memulakan semula momentum kerja setelah bercuti panjang:

1. Kemas tempat kerja.

Perkara ini adalah perkara pertama yang perlu dibuat setelah masuk kerja. Tempat kerja yang kemas akan membantu memberikan semangat kerja dan idea-idea baru.

2. Rancang semula tugasan.

Buat senarai semak (check list) tugasan untuk hari ini. Senarai semak ini akan bantu cikpuan untuk lihat kerja apa yang lebih penting untuk diselesaikan dahulu. Tidaklah rasa semua kerja perlu diselesaikan hari ini.

3. Kongsikan pengalaman raya dengan rakan sekerja.

Kongsikan cerita-cerita menarik yang berlaku di kampung halaman dengan rakan sekerja. Dengan cara ini secara tidak langsung akan mengurangkan rasa stress terhadap kerja. Tapi ingat jangan leka bercerita sampai terabai pula kerja hakiki.

Saya doakan cikpuan semua bersemangat kembali untuk memulakan kerja setelah cuti Aidilfitri.

Sumber gambar: Unsplash

#PuanMary #GuruImej

Lihat Komen

  • Selamat pagi Puan Mary,
    Terima kasih atas email & tips yang diberikan. Sangat2 membantu saya untuk kembali bersemangat bekerja. Terus hilang "holiday blues" saya.

    Terima kasih sekali lagi.

  • Terima kasih Puan Mary di atas tips yang dikongsikan. Sememangnya tips ini amat membantu mengembalikan semula semangat bekerja setelah lama bercuti..

Share

Artikel Terkini

Jenis-Jenis Seluar Yang Membantu Kelihatan Langsing Apabila Dipakai

Bukan mudah untuk mencari seluar yang sesuai dan membantu anda untuk kelihatan langsing. Ia memerlukan… Teruskan Membaca

3 days lepas

Warna Tudung Yang Wanita Wajib Ada

Tidak dinafikan di pasaran ketika ini banyak pilihan warna tudung sehingga rambang mata dan keliru… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Jenis-Jenis Inner Tudung Yang Wanita Perlu Tahu

Inner tudung atau disebut juga sebagai anak tudung menjadi satu keperluan untuk wanita yang bertudung.… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Etika Beraya

Saya yakin  ramai yang berasa teruja untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini setelah sebulan… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

7 Ciri-Ciri Asas Baju Raya Yang Baik

Saya sememangnya mementingkan praktikaliti pakaian raya kerana pada pagi raya kita akan melakukan pelbagai aktiviti… Teruskan Membaca

1 month lepas