Apabila mahu memakai set produk penjagaan muka (skin care) yang baru, cara yang paling bagus ialah dengan menggunakan produk baru tersebut satu per satu dalam tempoh selang seminggu.
Contoh, cikpuan mahu menggunakan pencuci muka dan toner baru. Pakai dahulu pencuci muka dalam tempoh seminggu, kemudian mula pula toner baru minggu yang berikutnya.
Kenapa seminggu?
Ini adalah tempoh yang baik untuk melihat reaksi kulit terhadap produk baru. Secara puratanya kulit menunjukkan reaksi sekitar 7 ke 10 hari.
Apabila saya menggunakan produk baru selama seminggu dan dalam tempoh itu tiada tindak balas negatif berlaku, maka produk itu saya boleh kira sesuai dan serasi dengan saya. Selepas tempoh seminggu itu, barulah saya mulakan pula pemakaian satu produk baru yang lain.
Sesetengah kulit individu yang berbeza bertindak balas terhadap produk dalam masa beberapa minit, jam atau sebulan. Maka kenali kulit cikpuan. Usah tergesa-gesa tukar segala produk sekaligus.
NOTA: Beri masa untuk kulit “berkenal-kenalan” dengan produk baru.