Tidak Kisah Anda Pengguna Produk Kecantikan Jenama Apa Pun, Fahami Dua Istilah Ini.

KESAN SERTA MERTA
=====
Memakai produk kecantikan wajah memang akan ada yang rasai kesan serta merta. 

Contohnya:

1) Selepas sapu serum ABC, kulit rasa lebih lembap dan lembut.

2) Selepas mencuci muka dengan produk XYZ, muka rasa bersih dan segar.

Kesan serta merta memang wujud dan boleh dirasai selepas pemakaian produk dan seawal pertama kali penggunaan.

Ini bukan sesuatu yang ajaib, mandi pun boleh ada kesan serta merta.

“Selepas mandi pagi tadi, tubuh saya terus rasa lebih segar, lebih bertenaga.”

Kesan serta merta digambarkan sebagai perbezaan yang dirasai ketika mengalami atau memakai sesuatu produk yang tidak pernah digunakan sebelum ini.

Kesan begini selalunya bersifat sementara, boleh jadi baik dan boleh juga jadi sebaliknya.

Sehingga produk tersebut digunakan dengan lebih konsisten sekitar sebulan ke dua bulan, barulah pengguna dapat rasai “perubahan ketara”.

PERUBAHAN KETARA
=====
Selepas memakai produk dalam tempoh sebulan ke dua bulan, pengguna kebiasaannya akan mula menggambarkan dirinya mengalami “perubahan ketara”.

Perubahan ketara inilah yang dijanjikan oleh produk tersebut dan yang mahu dialami oleh pengguna produk.

Contohnya:

1) Sekitar sebulan dahulu kulitnya kusam. Setelah konsisten memakai produk ABC, kulitnya lebih berseri dan cerah.

2) Sekitar sebulan dahulu wajahnya mempunyai parut jerawat. Kini setelah sebulan konsisten menggunakan krim XYZ, parut tersebut pudar dan kulit lebih sihat.

Perubahan perlu ambil masa dan perlu ketekunan dalam penggunaan. Wujud perbezaan dalam penceritaan “perubahan” berbanding “kesan serta merta”.

Perubahan mesti berlaku perlahan-lahan, selari dengan sifat semulajadi kulit yang mengambil masa sekitar 30 hari untuk bertukar.

#PuanMary #GuruImej