Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan sahaja memberikan keselesaan ketika dipakai, malah dapat membantu menonjolkan kelebihan bentuk badan dengan lebih seimbang. Perkara yang penting dalam memilih seluar mengikut bentuk badan agar dapat menutupi pinggul yang besar atau kaki yang pendek.
Sebelum memilih seluar, perkara pertama yang perlu diketahui ialah jenis atau bentuk badan anda. Antara bentuk badan yang biasa ialah:
1. Fahami Bentuk Badan Anda
• Pear (buah pir) – pinggul lebih besar daripada bahu.
• Apple (buah epal) – dada dan perut lebih besar daripda pinggul dan kaki.
• Hourglass (jam passir) – pinggang kecil, bahu dang pinggul seimbang.
• Ruler (pembaris) – bentuk badan lurus daripada pinggul.
• Inverted Triangle (segi tiga songsang) – bahu lebih lebar daripada pinggul.
2. Pilih Potongan Seluar Yang Sesuai
a. Bentuk Badan Pear
• Potongan seluar lurus dan relaxed fit.
• Mempunyai ikatan pinggang (wastline) yang sederhana.
• Contoh seluar: paper bag pants
b. Bentuk Badan Apple
• Potongan seluar yang ringkas, warna gelap dan mempunyai perincian yang minimal.
• Contoh seluar: straight leg, high-wasted pants.
c. Bentuk Badan Hourglass
• Mempunyai potongan seluar yang lurus.
• Mempunyai ikatan pinggang yang lebar.
• Contoh seluar: boocut, pencil pants.
d. Bentuk Badan Ruler
• Pilih seluar dengan potongan sedikit lebar.
• Mempunyai rekaan pada bahagian pinggang atau kawasan kaki.
• Contoh seluar: wide-leg pants, pleated pants.
e. Bentuk Badan Inverted Triangle
• Pilih seluar dengan potongan sedikit lebar dan kembang dihujung.
• Gaya seluar ini akan membantu mengimbangi bahagian atas dan bawah badan.
• Contoh seluar: boocut, flare, wide-leg pants.
3. Warna Dan Material
• Warna gelap seperti hitam dan biru gelap boleh memberikan kesan yang langsing pada badan.
• Material kain yang jatuh elok (flowy) membantu seluar kelihatan lebih kemas pada badan.
Pemilihan seluar yang tepat bukan hanya soal fesyen semata-mata. Dengan memahami bentuk badan sendiri dan mengetahui potongan seluar yang sesuai dapat membantu dalam menampilkan diri yang kemas.
Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca
Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca
Pemilihan warna tudung merupakan elemen penting dalam gaya pemakaian seorang wanita. Terutamanya bagi wanita yang… Teruskan Membaca
Ramai wanita sering memberi perhatian penuh terhadap pemilihan pakaian ke tempat kerja. Mereka akan menilai… Teruskan Membaca
Memilih pakaian yang sesuai untuk wanita berbadan gempal atau berisi memerlukan sedikit perincian agar penampilan… Teruskan Membaca