Pelembap Muka

Tip Tukar Produk Baru

Ramai di antara cikpuan yang bertanya apakah tip untuk tukar produk baru? Berapa lamakah masa yang diambil untuk pembaharuan kulit dan apakah tanda produk muka yang tidak sesuai dengan diri cikpuan?

Mahu tukar produk baru? Baca ini dahulu..

Apabila mahu memakai set produk penjagaan muka (skin care) yang baru, cara yang paling bagus ialah dengan menggunakan produk baru tersebut satu per satu dalam tempoh selang seminggu*.

Contoh, cikpuan mahu menggunakan pencuci muka dan toner baru. Pakai dahulu pencuci muka dalam tempoh seminggu, kemudian mula pula toner baru minggu yang berikutnya.

Kenapa seminggu*?

Ini adalah tempoh yang baik untuk melihat reaksi kulit terhadap produk baru. Secara puratanya kulit menunjukkan reaksi sekitar 7 ke 10 hari.

Apabila saya menggunakan produk baru selama seminggu dan dalam tempoh itu tiada tindak balas negatif berlaku, maka produk itu saya boleh kira sesuai dan serasi dengan saya.

Selepas tempoh seminggu itu, barulah saya mulakan pula pemakaian satu produk baru yang lain.

Sesetengah kulit individu yang berbeza bertindak balas terhadap produk dalam masa beberapa minit, jam atau sebulan.

Maka kenali kulit cikpuan. Usah tergesa-gesa tukar segala produk sekaligus.

 

NOTA: Jangan begitu mudah terpengaruh dengan jualan murah produk penjagaan muka. Terima kasih kerana cikpuan sudi membaca halaman tips tukar produk baru ini. Saya amat menghargainya dan jangan lupa kongsi bersama rakan-rakan yang lain ya !

 

 

Lihat Komen

  • Assalamualaikum pn Mary, Apa khabar? Saya tertarik dengan artikel puan Mary mengenai tips untuk menukar produk penjagaan kulit yang baru. Bagaimana saya nak mencuba toner & serum baru, tetapi masih menggunakan cleanser yang lama. Dan berapa lama tempoh yang perlu ? Tetima kasih kerana membaca pertanyaan saya.

Artikel Terkini

Pilihan Gaya Blouse Untuk Wanita Gempal (Curvy)

Memilih pakaian yang sesuai untuk wanita berbadan gempal atau berisi memerlukan sedikit perincian agar penampilan… Teruskan Membaca

3 days lepas

Cara Memilih Kasut Bertumit

Kasut bertumit bukan menjadi pilihan utama dalam pemakaian harian, tetapi sesuai digayakan bersama pakaian yang… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Mengapa Pemilihan Warna Tudung Itu Penting Bagi Wanita?

Pemilihan warna tudung merupakan elemen penting dalam gaya pemakaian seorang wanita. Terutamanya bagi wanita yang… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Tip Memilih Jam Tangan

Pemilihan jam tangan yang sesuai bukan sahaja melengkapkan penampilan, malah mencerminkan personaliti seorang wanita. Dengan… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Pakaian Untuk Wanita Lebar Dan Berisi

Prinsip dalam penampilan bukan diukur berdasarkan saiz lebar, besar dan tinggi sebagai bentuk pengukur kecantikan.… Teruskan Membaca

1 month lepas