Cara Merawat Tumit Kaki Merekah Dan Kering.

Cikpuan pernah mengalami tumit kaki merekah dan kering? Apakah punca tumit kaki merekah dan bagaimana hendak mengatasi tumit kaki merekah dan kering?

Terjadinya tumit kaki merekah dan kering kerana  kaki adalah salah satu bahagian tubuh yang sangat mudah kering.  Punca utama tumit kaki merekah selalunya adalah kerana kekurangan air. Jadi samada cikpuan yang sudah berumur atau masih muda kena pastikan minum air 8 gelas sehari.

#PetuaRapiDiri kali ini amat mudah disediakan. Hanya menggunakan 3 bahan yang boleh diperolehi di rumah atau beli di kedai runcit dengan harga yang murah. Cuma perlu RAJIN amalkan!

 

Pertama, sediakan 1 sudu besar (atau sudu makan) madu. Madu amat baik sebagai pelembap dan mampu memulihkan luka.

Kedua, sediakan 3 sudu besar gula kasar (putih atau perang). Gula kasar, bukan gula halus, ya!

Ketiga, perah 2 biji limau kasturi saiz sederhana untuk dapatkan jus. Boleh juga guna lemon. Limau dan lemon boleh melarutkan sel-sel kulit mati di tumit kaki.

Keempat, Adun gula, jus limau dan madu sehingga menjadi skrub. Inilah hasil adunan tiga bahan tersebut. Buat lebih dan boleh simpan di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk. Amat tahan lama!

Kelima, gosokkan tapak kaki dengan skrub gula, jus limau dan madu. Gosok secara membulat. Gosok lebih lama di bahagian yang kering dan merekah. Gosok selama 5-10 minit.

Keenam, skrub sebanyak 2 kali seminggu, pakai pelembap setiap hari. Nak cantik, nak segak, kena RAJIN! Skrub boleh dibuat seminggu dua kali. Pelembap pula digalakkan pakai setiap hari.

 

Ketujuh, bilas kaki sehingga benar-benar bersih dan lap kering. Bilas dan bersihkan kaki. Pastikan tiada baki skrub.

Kelapan, sapu seluruh kaki dengan pelembap dan pakai stoking. Pastikan kaki bersih dan kering sebelum pakai pelembap dan pasang stoking.

Saya guna pelembap kaki jenama Rosken. Boleh beli di farmasi. Sangat mustajab untuk saya! Pelembap amat penting untuk proses pulihkan kaki.

Setelah sapu pelembap pada kaki dan tumit, pakai sarung kaki dan biarkan semalaman.

Terakhir, Ini adalah langkah-langkah rawatan kaki yang boleh dibuat sendiri di rumah. Seeloknya dibuat sebelum tidur iaitu rendam kaki dalam air suam selama 10-15minit.

 

NOTA: Saya mohon petua ini tidak dicuba oleh mereka yang ada diabetes atau luka teruk di bahagian tapak kaki. Untuk situasi begini, perlu ada rawatan khas dengan nasihat doktor. Terima kasih kerana membaca!

Artikel Terkini

Jenis-Jenis Seluar Yang Membantu Kelihatan Langsing Apabila Dipakai

Bukan mudah untuk mencari seluar yang sesuai dan membantu anda untuk kelihatan langsing. Ia memerlukan… Teruskan Membaca

2 days lepas

Warna Tudung Yang Wanita Wajib Ada

Tidak dinafikan di pasaran ketika ini banyak pilihan warna tudung sehingga rambang mata dan keliru… Teruskan Membaca

1 week lepas

Jenis-Jenis Inner Tudung Yang Wanita Perlu Tahu

Inner tudung atau disebut juga sebagai anak tudung menjadi satu keperluan untuk wanita yang bertudung.… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Etika Beraya

Saya yakin  ramai yang berasa teruja untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini setelah sebulan… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

7 Ciri-Ciri Asas Baju Raya Yang Baik

Saya sememangnya mementingkan praktikaliti pakaian raya kerana pada pagi raya kita akan melakukan pelbagai aktiviti… Teruskan Membaca

1 month lepas