Ramai di antara cikpuan yang bertanya apakah tip untuk tukar produk baru? Berapa lamakah masa yang diambil untuk pembaharuan kulit dan apakah tanda produk muka yang tidak sesuai dengan diri cikpuan?
Mahu tukar produk baru? Baca ini dahulu..
Apabila mahu memakai set produk penjagaan muka (skin care) yang baru, cara yang paling bagus ialah dengan menggunakan produk baru tersebut satu per satu dalam tempoh selang seminggu*.
Contoh, cikpuan mahu menggunakan pencuci muka dan toner baru. Pakai dahulu pencuci muka dalam tempoh seminggu, kemudian mula pula toner baru minggu yang berikutnya.
Kenapa seminggu*?
Ini adalah tempoh yang baik untuk melihat reaksi kulit terhadap produk baru. Secara puratanya kulit menunjukkan reaksi sekitar 7 ke 10 hari.
Apabila saya menggunakan produk baru selama seminggu dan dalam tempoh itu tiada tindak balas negatif berlaku, maka produk itu saya boleh kira sesuai dan serasi dengan saya.
Selepas tempoh seminggu itu, barulah saya mulakan pula pemakaian satu produk baru yang lain.
Sesetengah kulit individu yang berbeza bertindak balas terhadap produk dalam masa beberapa minit, jam atau sebulan.
Maka kenali kulit cikpuan. Usah tergesa-gesa tukar segala produk sekaligus.
NOTA: Jangan begitu mudah terpengaruh dengan jualan murah produk penjagaan muka. Terima kasih kerana cikpuan sudi membaca halaman tips tukar produk baru ini. Saya amat menghargainya dan jangan lupa kongsi bersama rakan-rakan yang lain ya !
Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca
Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca
Gelang tangan merupakan antara aksesori penting yang disarankan untuk dimiliki oleh setiap wanita sebagai pelengkap… Teruskan Membaca
Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca
Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca
Lihat Komen
Assalamualaikum pn Mary, Apa khabar? Saya tertarik dengan artikel puan Mary mengenai tips untuk menukar produk penjagaan kulit yang baru. Bagaimana saya nak mencuba toner & serum baru, tetapi masih menggunakan cleanser yang lama. Dan berapa lama tempoh yang perlu ? Tetima kasih kerana membaca pertanyaan saya.