Puan Mary

Warna Yang Boleh Berikan Powerful Vibes

Apabila membincangkan tentang warna, ia adalah elemen penting dalam kehidupan seharian. Apa yang anda lihat, pakai, makan, minum dan lain-lain semuanya dipengaruhi oleh warna.

Setiap daripada anda semestinya mempunyai warna kegemaran yang dijadikan pilihan di dalam penampilan.

Warna kegemaran anda bukan sahaja menggambarkan personaliti tetapi juga menyampaikan mesej tertentu pada warna yang dipakai.

Selain itu, gabungan warna tertentu juga boleh mempengaruhi perasaan atau tindakan seseorang dalam sesuatu keadaan.

Dalam artikel kali ini, akan diterangkan tentang warna yang boleh memberikan powerful vibes apabila anda memakainya.

Warna Yang Boleh Berikan Powerful Vibes

Di dalam psikologi warna, setiap warna itu membawa mesej dan warna tertentu yang ingin disampaikan oleh si pemakai.

Sekiranya anda adalah seseorang yang memberi pengaruh yang besar kepada orang lain, warna-warna berikut sesuai untuk anda pakai.

Hitam

Warna hitam adalah warna yang paling biasa digunakan dan sering kali dikaitakn dengan kuasa, pengaruh, sofistikated dan seumpamanya.

Mungkin ada yang memakai warna ini disebakan ia adalah warna kegemaran. Tetapi sebenarnya ada mesej lain yang boleh disampaikan melalui warna hitam ini.

Antara mesej warna hitam ini adalah:

  • Tegas
  • Kuat
  • Sofistikated

Di samping itu, hitam juga adalah warna yang lebih profesional dan sering digunakan dalam urusan rasmi, pakaian perniagaan dan seumpamanya.

Pakaian berwarna hitam menggambar anda seorang yang tegas, pemimpin yang berkuasa dan menjadi contoh kepada pekerja di bawahnya.

Merah

Merah adalah adalah warna yang punya “dua jiwa”.

  • Simbol cinta juga amaran adanya bahaya.
  • Lambang berani juga petanda marah tidak bertepi.
  • Ada tenaga dan kuasa, juga ada unsur romantika.

Pakar fesyen ada mengesyorkan untuk memakai sekurang-kurangnya sedikit elemen warna merah apabila menghadiri temu duga kerja atau mesyuarat penting yang lain.

Hal ini kerana warna merah dikaitkan secara psikologi dengan kuasa, ketegasan dan kepimpinan.

Warna merah juga membawa mesej yang lain seperti:

  • Bertenaga
  • Bersemangat
  • Bercita-cita tinggi
  • Berani

Biru Navy

Biru navy atau warna biru gelap adalah warna yang mewakili kuasa dan tanggungjawab. Selain itu, biru navy juga adalah salah satu warna neutral dan sesuai digunakan oleh semua orang.

Bagi sesiapa sahaja yang ingin kelihatan formal, ini adalah salah satu warna yang boleh digunakan selain warna hitam.

Di dalam psikologi warna, biru navy ini selalu dikaitkan dengan autoriti (kuasa). Namun terdapat jugak mesej lain yang boleh disampaikan melalui warna ini. Antaranya ialah:

  • Berwibawa
  • Boleh dipercayai
  • Komited

Ungu

Warna lain yang boleh berikan aura yang kuat adalah warna ungu. Mengapa warna ungu? Apakah mesej disebalik warna tersebut?

Ungu adalah warna yang selalu dikaitkan dengan kekayaan, berharga dan mahal.

Warna ungu mempunyai sejarah yang panjang dalam masyarakat silam barat. Raja Parsi bernama Cyrus mengisytiharkan warna ungu sebagai warna baju seragam beliau.

Malah dua orang maharaja Rom – Julius Ceaser dan Augustus Ceaser, menghadkan warna ungu untuk kegunaan urusan diraja dan keagamaan sahaja (dipakai oleh paderi).

Rakyat biasa yang memakai warna tersebut akan dikenakan hukuman mati oleh pemerintah terkenal empayar Rom ini.

Sifat elit dan eksklusif ini adalah disebabkan pencelup warna ungu amat sukar didapati pada zaman tersebut.

Pencelup yang digunakan untuk membuat warna ungu dikatakan hanya datang dari bandar perdagangan Phoenicia Tirus, yang kini berada di Lubnan.

Peniaga kain memperolehi pencelup warna ungu ini daripada moluska kecil (sejenis siput) yang hanya ditemui di rantau Tyre di Laut Mediterranean.

Adalah dipercayai sebanyak 250,000 siput diperlukan untuk menghasilkan satu auns pencelup berwarna ungu ini.

Jadi, berdasarkan sejarah yang panjang ini warna ungu membawa mesej seperti

  • bangsawan
  • kemewahan
  • kuasa
  • unik
  • misteri
  • tinggi kerohanian

Pada sudut pandang seorang perunding imej, warna ungu mewarisi sifat tenaga warna merah dan sifat tenang warna biru (merah campur biru menghasilkan ungu). Oleh itu, warna ungu membawa mesej:

  • merangsang pada masa yang sama menenangkan
  • kreatif pada masa yang sama melekakan
  • canggih pada masa yang sama feminin
  • eksklusif pada masa yang sama sensitif

Jelaslah bahawa setiap warna itu mempunyai mesej dan makan yang berbeza-beza mengikut situasi, keadaan dan tempat.

Tetapi persamaan keempat-empat warna di atas adalah memberikan kesan powerful vibes kepada si pemakainya.

Setiap warna mempunyai mesej dan maksud tertentu yang ingin disampaikan kepada orang lain sama ada elegan, feminin, tegas dan seumpamanya.

Artikel Terkini

Perbezaan Skirt Formal Dan Skirt Kasual

Pemakaian skirt kini semakin popular dalam kalangan wanita, baik yang bekerja mahupun suri rumah. Skirt… Teruskan Membaca

4 days lepas

Tip Mengurus Almari Pakaian

Hujung minggu ialah waktu yang sesuai untuk anda lakukan aktiviti produktif, termasuklah mengemas dan menyusun… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Tip Berpakaian Untuk Nampak Kemas & Profesional

Penampilan yang kemas dan profesional bukan sahaja penting bagi individu yang bekerja, tetapi juga bagi… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Cara Memastikan Beg Tangan Kemas & Terurus

Beg tangan ialah salah satu aksesori wanita yang penting kerana digunakan untuk menyimpan pelbagai barang… Teruskan Membaca

1 month lepas

Cara Kekalkan Warna Pakaian Supaya Tidak Cepat Luntur

Masalah biasa yang selalu dialami apabila mencuci pakaian berwarna ialah warna pakaian menjadi luntur. Warna… Teruskan Membaca

1 month lepas