Puan Mary

Warna Yang Kelihatan Friendly

Apa itu warna?

Warna adalah elemen penting dalam kehidupan seharian. Semua yang dilihat dengan mata kasar, mempunyai warna.

Baju, kasut, tudung, beg, meja dan sebagainya semuanya ada warna. Tidak ada satu barang atau hidupan di dunia ini tidak mempunyai warna. Bahkan haiwan juga ada warna.

Uniknya warna adalah setiap warna itu mempunyai mesej dan makna tertentu yang ingin disampaikan kepada orang lain.

Dalam artikel ini, saya kongsikan kepada anda tentang warna yang memberi mesej friendly atau mesra apabila dipakai.

Warna yang ceria, gembira atau mesra biasanya adalah warna yang cerah seperti:

  1. Bright yellow (kuning terang)
  2. Orange
  3. Sky blue
  4. Pink (merah jambu)

Bright Yellow (Kuning terang)

  • Warna kuning terang adalah antara warna yang dilihat mesra bagi pemakainya.
  • Selain itu, individu yang memakai warna kuning terang ini juga membawa mesej yang ceria, gembira dan mudah didekati.
  • Dalam psikologi warna, kuning dianggap sebagai warna yang memberikan keyakinan dan menaikkan semangat.
  • Jadi sesiapa sahaja yang memakai warna kuning terang, mereka tergolong dalam kalangan orang yang berani.
  • Tidak ramai yang berani memakai warna terang seperti ini. Tetapi bagi individu yang berani dan ingin sampaikan mesej tertentu, mereka akan memakainya dengan gabungan warna tertentu dalam penampilannya.
  • Walaupun warna ini tidak begitu menjadi pilihan orang ramai, tetapi masih ada individu yang berani untuk memakainya.

Orange

  • Orange atau jingga mempunyai makna psikologi yang sangat menarik iaitu mesra, kuat dan juga keseronokan.
  • Jingga juga dikenali sebagai warna motivasi, membawa sikap positif dan semangat.
  • Secara umumnya warna ini sesuai untuk membawa keselesaan pada masa sukar dan mewujudkan rasa seronok atau kebebasan dalam imej anda.
  • Individu yang memakai warna ini mempunyai personaliti yang pemurah dan suka bergaul.

Sky blue

  • Sky blue adalah warna biru yang cerah, menenangkan dan mesra.
  • Warna ini juga boleh mewujudkan rasa percaya dan boleh digunakan untuk membuatkan orang sekelilingnya berasa selesa.
  • Pemakaian warna sky blue ini membuatkan orang ramai berasa selesa, tenang dan menyumbang kepada persekitaran yang mesra.
  • Selain itu, sky blue juga adalah warna menggalakkan emosi dan suasan yang mesra.
  • Sky blue juga menyampaikan mesej mudah didekati, bersifat terbuka serta menjadikan orang ramai selesa untuk bergaul dengannya.

Pink

  • Merah jambu adalah warna yang sering dikaitkan dengan kebaikan dan belas kasihan.
  • Ia juga menyampaikan mesej seperti lembut dan mesra, terutamanya apabila menggunakan warna merah jambu lembut (pastel).
  • Warna ini juga boleh menyumbang kepada suasana mesra dan mudah didekati.
  • Merah jambu juga dikaitkan dengan emosi, sensitiviti dan empati. Ia boleh menyampaikan rasa persefahaman dan belas kasihan yang merupakan aspek penting dalam kemesraan.
  • Sifat merah jambu yang lembut membuatkan orang lain berasa lebih selesa untuk mendekati dan berinteraksi dengan lebih mesra.

Ringkasnya, warna mesra ini masing-masing membawa ciri unik mereka untuk mewujudkan suasana yang mesra dan positif.

Semua warna yang dinyatakan boleh membantu mewujudkan suasana yang mesra dan menarik dalam pelbagai konteks.

Artikel Terkini

Ini Punca Wajah Nampak Kusam Apabila Pakai Warna Tertentu

Pernahkah anda perasan apabila memakai sesuatu warna tudung itu, wajah nampak kusam, tidak bermaya dan… Teruskan Membaca

3 days lepas

Jenis-Jenis Seluar Yang Membantu Kelihatan Langsing Apabila Dipakai

Bukan mudah untuk mencari seluar yang sesuai dan membantu anda untuk kelihatan langsing. Ia memerlukan… Teruskan Membaca

1 week lepas

Warna Tudung Yang Wanita Wajib Ada

Tidak dinafikan di pasaran ketika ini banyak pilihan warna tudung sehingga rambang mata dan keliru… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Jenis-Jenis Inner Tudung Yang Wanita Perlu Tahu

Inner tudung atau disebut juga sebagai anak tudung menjadi satu keperluan untuk wanita yang bertudung.… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Etika Beraya

Saya yakin  ramai yang berasa teruja untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini setelah sebulan… Teruskan Membaca

1 month lepas