Setiap hari anda pasti perlu menggosok pakaian untuk ke tempat kerja, pakaian anak-anak ke sekolah dan seumpamanya.
Ia bukanlah tugasan yang sukar tetapi akan menjadi lebih mudah sekiranya fabrik itu mudah digosok.
Ada fabrik yang boleh berindak balas dengan baik terhadap haba dan wap saterika menjadikan proses menggosok itu lebih mudah.
Mari kita lihat jenis fabrik atau material yang mudah digosok dan sebabnya.
Kapas (Cotton)
Kapas adalah fabrik yang terkenal dan digunakan secara meluas untuk pakaian, peralatan tempat tidur dan banyak lagi.
Ia mudah digosok kerana sifat dan tekstur semula jadinya. Kapas boleh menyerap lembapan dengan mudah dan bertindak balas dengan baik terhadap wap daripada seterika.
Kapas boleh menahan haba yang lebih tinggi pada seterika anda dan kebiasannya dilabelkan sebagai kapas pada seterika tersebut.
Apabila anda menggunakan fungsi wap pada seterika, ia membantu melegakan gentian dan melicinkan kedutan dengan berkesan.
Sekiranya kedutan pada pakaian terlalu teruk dan sukar untuk digosok, anda boleh letakkan sedikit air pada permukaan kain bagi memudahkan proses menggosok.
Sumber gambar: Freepik
Chiffon
Antara fabrik lain yang mudah digosok ialah chiffon. Chiffon sering digunakan dalam pakaian dan aksesori seperti blaus, tudung, langsir dan sebagainya.
Chiffon adalah fabrik yang nipis. Ia mudah terbakar apabila digosok dengan menggunakan tetapan suhu yang tinggi.
Jadi sentiasa gunakan tetapan suhu yang rendah apabila anda menggosok fabrik chiffon ini.
Elakkan meninggalkan seterika di satu tempat terlalu lama, kerana ini boleh menyebabkan kerosakan pada kain seperti terbakar dan berlubang.
Walaupun fabrik ini nipis tetapi ia mudah digosok dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menghilangkan kedutan.
Sumber gambar: Freepik
Fabrik sintetik
Fabrik seperti poliester dan nylon adalah fabrik yang terkanal dengan sifatnya iaitu tahan kedutan.
Kain jenis sintetik ini mempunyai ketahanan terhadap haba yang tinggi dan disebabkan itulah ia mudah untuk digosok.
Fabrik ini sememangnya kurang berkedut, jadi anda tidak akan menghabiskan banyak masa untuk menggosoknya.
Walaupun fabrik jenis ini mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap haba, anda perlu elakkan daripada menggunakannya dengan suhu yang tinggi. Gunakan suhu yang sederhana dan naikkan suhu sekiranya perlu.
Sumber gambar: Freepik
Kesimpulannya, material jenis kapas, chiffon dan fabrik sintetik mudah dijaga dan digosok.
Memahami sifat fabrik ini dengan menggunakan tetapan suhu dan teknik yang betul akan menjadikan proses menggosok lebih mudah dan menyeronokkan.
Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca
Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca
Gelang tangan merupakan antara aksesori penting yang disarankan untuk dimiliki oleh setiap wanita sebagai pelengkap… Teruskan Membaca
Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca
Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca