Penampilan

3 Jenis Bentuk Muncung Kasut

Ramai wanita berasa tidak selesa dan sakit pada bahagian depan kaki apabila memakai kasut bertutup penuh ketika menghadiri majlis rasmi atau ke tempat kerja.  Ia berlaku kerana kasut yang dipilih tidak sesuai dengan bentuk kaki, khususnya dari segi bentuk muncung kasut. Kasut yang kelihatan cantik dan bergaya belum tentu dapat memberikan keselesaan sekiranya tidak sesuai dengan lebar dan saiz kaki.

Bentuk muncung kasut berperanan dalam memberi keselesaan dan menyerlahkan gaya peribadi pemakai. Terdapat tiga jenis bentuk muncung kasut yang perlu anda ketahui sebelum membuat sebarang pembelian, iaitu:

  • Muncung Tirus

Bentuk ini sesuai untuk wanita berkaki kecil dan tidak lebar seperti saiz 4, 5 atau 6 kerana kasut ini mempunyai hujung yang runcing dan tajam. Ia juga akan memberikan rupa yang anggun dan elegan kepada pemakai. Namun, sekiranya wanita yang berkaki lebar memakainya, boleh menyebabkan tekanan pada jari kaki dan menimbulkan rasa sakit hingga melecet.

 

  • Muncung Rata

Kasut ini berbentuk lebar di bahagian depan dan sesuai untuk wanita yang kakinya bersaiz 7, 8, atau 9. Bentuk ini memberi lebih ruang pada jari kaki dan mengurangkan rasa sempit. Gaya kasut ini juga menonjolkan imej profesional dan tegas, sesuai untuk wanita aktif yang banyak bergerak sepanjang hari.

 

  • Muncung Melengkung

Bentuk kasut ini tidak terlalu runcing dan tidak terlalu lebar. Ia sesuai untuk hampir semua jenis kaki, sama ada kecil, sederhana, atau lebar. Kasut ini akan memberikan gaya feminin dan moden kepada pemakai serta mudah dipadankan dengan pakaian kasual mahupun formal.

Pemilihan bentuk muncung kasut yang betul bukan sahaja dapat mengelakkan rasa sakit, tetapi juga meningkatkan keyakinan diri pemakai. Kenali bentuk kaki anda dan pilih kasut yang bergaya dan yang paling penting selesa untuk dipakai.

Share

Artikel Terkini

6 Jenis Singkat Dan Fungsinya

Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Tip Memakai Warna Ungu

Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Pilih Seluar Mengikut Bentuk Badan

Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca

2 months lepas

Tip Mengayakan Warna Maroon

Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca

2 months lepas

Adakah anda tahu bagaimana mahu memulakan perubahan imej?

Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca

2 months lepas