Penampilan

4 Warna Tudung Yang Boleh Dipakai Ke Temu Duga

Sebelum ini, ada artikel yang ditulis berkaitan dengan jenis baju kurung yang sesuai untuk dipakai ke temu duga dan ciri-ciri baju kurung yang formal.

Tetapi, untuk artikel kali ini akan diterangkan pula mengenai warna tudung yang wanita boleh dipakai untuk menghadiri sesi temu duga.

Terdapat pelbagai pilihan warna yang boleh dipilih, namun adakah semua warna itu sesuai untuk dipakai ke temu duga?

Apakah warna dan ciri-ciri lain yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih tudung yang hendak dipakai?

Oleh itu, berikut adalah warna yang boleh dipakai ke temu duga sama ada temu duga kerja, biasiswa dan sebagainya.

Soft Pink

Contoh warna tudung soft pink (Sumber gambar: freepik.com)

Beige

Contoh warna beige (sumber gambar: freepik.com)

Lavender / Light purple

Contoh warna yang boleh dipakai ke temu duga (sumber gambar: freepik.com)

Light Blue

Contoh warna tudung light blue (sumber gambar: freepik.com)

Kesemua warna yang dinyatakan di atas adalah warna yang boleh dipakai ke temu duga.

Hal ini kerana warna yang disarankan untuk tudung adalah warna yang lembut dan tidak terlalu menyerlah.

Anda tidak digalakkan untuk memakai tudung yang terlampau cerah sehingga mengganggu mata panel penemu duga seperti warna merah terang dan kuning terang.

Jika anda memakai warna tersebut, ia bukan sahaja kelihatan tidak profesional tetapi akan mengganggu proses temu duga kerana mata panel akan beri tumpuan yang lebih kepada warna tudung tersebut.

Selain daripada warna tudung, apa yang anda perlu pertimbangkan untuk dipakai ke temu duga adalah dari segi corak.

Corak yang tudung yang dikategorikan sebagai corak yang formal adalah:

Polos

Corak polos adalah tudung yang tidak mempunyai sebarang corak dan menggunakan satu warna sahaja (sumber gambar: freepik.com)

Geometrik

Contoh corak tudung geometrik yang boleh dipakai (sumber gambar: freepik.com)

Abstrak

Contoh corak abstrak (sumber gambar: pngfree.com)

Selain daripada corak di atas, ia dikategorikan sebagai corak yang kasual. Bagi tujuan temu duga  anda digalakkan untuk tidak menggunakan corak-corak kasual kerana sifat temu duga itu sendiri adalah formal.

Corak yang kasual yang dimaksudkan adalah seperti corak floral, kartun, polka dot, dan lain-lain.

Contoh corak floral yang tidak digalakkan untuk pakai ke temu duga (sumber gambar: freepik.com)

Material atau fabrik tudung yang boleh dipakai adalah seperti cotton ataupun chiffon.

Selain itu, material tudung yang berkilat dan licin seperti satin adalah tidak digalakkan kerana tudung tersebut akan menjadi perhatian yang lebih dalam proses temu duga.

Di samping itu, anda juga perlu elakkan untuk memakai turban atau tudung sarung untuk menghadiri sesi temu duga.

Anda boleh memilih sama ada ingin memakai tudung jenis bawal ataupun shawl.

Tudung yang dipakai perlulah pin dengan kemas dan selesa supaya tidak mengganggu proses temu duga.

Pemakaian tudung yang kemas dan penampilan diri yang ditunjukkan semasa hadir ke temu duga adalah penting untuk dijaga kerana aspek tersebut menjadi salah satu penilaian dalam temu duga.

Penampilan diri dari segi pakaian, tudung, kasut serta kekemasan diri anda semuanya akan dinilai.

Anda juga mestilah berikan pandangan pertama (first impression) yang baik kepada panel penemu duga.

Sebagai kesimpulannya, tidak semua warna, corak dan fabrik tudung sesuai dipakai ke temu duga. Anda perlu menilai kesemua aspek yang telah diterangkan di atas sebelum memakainya.

Jika anda masih keliru dan ada soalan yang ingin ditanya mengenai warna tudung untuk dipakai ke temu duga, boleh tuliskan pada ruangan komen di bawah.

Artikel Terkini

Kenapa Self-Care Penting Untuk Mencapai Hidup Yang Seimbang?

Dalam dunia yang serba canggih dan pantas ini, ramai yang sering sibuk dengan tugasan harian… Teruskan Membaca

24 hours lepas

Etiket Digital: Cara Menjaga Profesionalisme di Media Sosial

Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Etika Majlis Rasmi: Apa yang Perlu Anda Tahu

Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca

1 month lepas

Trend Baju Oversized: Sesuaikah Dipakai Oleh Wanita Rendah?

Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca

1 month lepas

Kombinasi Warna Pastel Dan Warna Neutral: Tip Bergaya

Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca

2 months lepas