Terdapat LIMA JENIS KULIT MUKA kita iaitu normal, kering, sensitif, berminyak dan kombinasi. 

 

Boleh saya tahu mana satukah jenis kulit muka cikpuan ya? Ke cikpuan tidak tahu jenis kulit muka mana cikpuan ni?🤔

Bagaimana cara untuk kita mengetahui jenis kulit muka kita ni?

Kenapa penting kenali jenis kulit muka kita?

Bagaimana cikpuan nak tahu sekiranya kulit muka cikpuan itu adalah sensitif?

Di bahagian manakah selalunya muka kita akan jadi masalah? 

Haaa, jom saya terangkan satu per satu tentang jenis-jenis kulit muka kita tapi sebelum itu kita lihat dulu kenapa penting kenali jenis kulit muka kita okay? 👌🏻

 

KENAPA PENTING KENALI JENIS KULIT MUKA?

5 Jenis Kulit Muka

  1. Agar kita boleh mendapatkan dan menjaga kulit dengan produk yang benar-benar diperlukan oleh kulit.
  2. Agar kita tidak mudah terpengaruh membeli produk yang tidak penting untuk kesihatan kulit kita.

5 Jenis Kulit Muka

Pertama, Kulit Normal. Kelenjar minyak menghasilkan minyak(sebum) pada kadar yang normal.

Permukaan kulit tidak kering dan tidak pula berminyak.

Kulit licin dan pori-pori pada permukaan kulit tidak kelihatan ketara.

 

5 Jenis Kulit Muka

Kedua, Kulit Kering. Minyak (sebum) tidak dihasilkan oleh kelenjar minyak dengan cukup.

Permukaan kulit menjadi kering dan tidak cukup hidrasi.

Kulit kelihatan kering, mudah menggelupas dan terasa tegang selepas dicuci.

 

5 Jenis Kulit Muka

Ketiga, Kulit Sensitif. Tekstur kulit lembut tetapi mudah kering, merengsa, kemerah-kemerahan , gatal dan pedih.

Kulit mudah bertindak balas dengan kandungan produk, persekitaran dan makanan.

 

5 Jenis Kulit Muka

Keempat, Kulit Berminyak. Minyak(sebum) dihasilkan secara berlebihan pada kulit.

Permukaan kulit mudah berkilat, berminyak dan pori-pori kelihatan jelas.

Cela, jerawat , bintik-bintik hitam mudah muncul pada wajah.

 

5 Jenis Kulit Muka

Kelima, Kulit Kombinasi. Kulit mempunyai gabungan ciri-ciri iaitu Zon-T pada wajah selalunya kelihatan berminyak manakala kawasan pipi lebih kering dan bintik-bintik hitam dan putih-putih mudah muncul di kawasan hidung.

 

5 Jenis Kulit Muka

 

NOTA: Jadi, mana satukah kulit muka cikpuan? Semoga artikle ini dapat membantu cikpuan dalam mengenali jenis kulit muka dan cikpuan dapat mengatasinya sebelum jadi apa-apa. Terima kasih!